Gencatan senjata selama tujuh hari di Sudan

Gencatan senjata selama tujuh hari di Sudan

RATUSAN penduduk terkorban dan ribuan lain cedera dalam pertempuran di Sudan yang tercetus sejak 15 April lalu. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) menyatakan persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata di negara itu selama tujuh hari.

Perkara itu dimaklumkan oleh pemerintah Sudan Selatan selepas wakil-wakil serantau mengecam tindakan pelanggaran gencatan senjata berulang kali sebelum ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan ketua de facto, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan komander RSF, Mohamed Hamdan Dagalo secara dasarnya bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata bermula 4 hingga 11 Mei.  

Persetujuan gencatan senjata selama seminggu itu dicapai menerusi hasil perbincangan Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir dengan pihak bertelagah, yang merupakan sebahagian insiatif Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) bagi menghentikan pertempuran itu. 

Malah, Kiir yang menawarkan diri menjadi pengantara dalam konflik berkenaan turut menamakan wakil untuk rundingan damai, dan kedua-dua pihak bertelagah menyatakan persetujuan.

Sebelum ini, beberapa gencatan senjata yang dipersetujui sejak pertempuran tercetus pada 15 April lalu gagal dipatuhi termasuk yang diumumkan oleh Sudan Selatan pada awal permulaan konflik.  

Semalam, saksi melaporkan beberapa serangan udara baharu termasuk bedilan berlaku di ibu negara Khartoum.

Pencabulan gencatan senjata sebelum ini mengundang kecaman sewaktu mesyuarat di Addis Ababa, Ethiopia berhubung Mekanisme Diperluas mengenai Krisis Sudan yang menghimpunkan para wakil dari Afrika, Arab dan pihak berkaitan.

Wakil negara timur laut Afrika, IGAD, Ismail Wais berkata, kedua-dua jeneral itu bersetuju menguatkuasakan gencatan senjata namun `masih terus bertempur dan membedil bandar’.

Usaha diplomatik dipergiatkan untuk menamatkan pertempuran berlangsung lebih dua minggu di negara ketiga terbesar benua Afrika itu, ketika beberapa amaran dibuat bahawa konflik di Sudan berisiko mencetuskan krisis kemanusiaan yang besar.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), setakat ini, lebih 330,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan 100,000 lagi terpaksa melarikan diri melalui sempadan berikutan konflik berdarah di Sudan. 

Dilaporkan, ratusan penduduk terkorban manakala ribuan yang lain cedera dalam konflik bersenjata tercetus sejak 15 April lalu.

Sementara itu, bantuan kemanusiaan dilaporkan sudah mula tiba di negara berkenaan.

Menurut Doctors Without Borders, pihaknya sudah menghantar sebanyak 10 tan bekalan perubatan ke sebuah hospital di Khartoum.

Sebelum itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah menghantar enam kontena membawa muatan peralatan perubatan termasuk bekalan untuk merawat kecederaan parah. 

Ketika ini, hanya 16 peratus hospital di ibu negara Sudan masih beroperasi sepenuhnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya