Dua juta nyawa melayang akibat cuaca ekstrem

Dua juta nyawa melayang akibat cuaca ekstrem

KEBAKARAN hutan di Foresthill, California. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu laporan dari Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) mendapati fenomena cuaca ekstrem sudah mencetuskan 11,778 bencana selain meragut nyawa kira-kira dua juta orang dalam tempoh 50 tahun lalu.

Lapor Daily Mail, lebih 90 peratus kes kematian yang dilaporkan berlaku di negara-negara membangun.

Malah, laporan itu menunjukkan kesan ekonomi akibat banjir, ribut dan kebakaran hutan meningkat sejak 1970 sehingga mencecah $4.3 trilion (RM19.6 trilion).

Bagaimanapun, angka kematian menurun secara mendadak sejak 1990, hasil penambahbaikan sistem amaran awal dan pengurusan bencana.

Amerika Syarikat (AS) kehilangan sebanyak AS$1.7 trilion (RM7.75 trilion) yang menyumbang 39 peratus daripada kerugian ekonomi dihadapi antara tahun 1970 dan 2021.

Tahun berkenaan dikaji dalam Atlas Kematian dan Kerugian Ekonomi WHO daripada Cuaca dan Iklim Ekstrem.

Laporan itu juga memaklumkan negara-negara kurang membangun mengalami kos tidak seimbang berbanding saiz ekonomi negara.

Data dari tahun 2020 dan 2021 dimasukkan dalam atlas yang sudah merangkumi tempoh sehingga 2019.

Data itu merekodkan 22,608 kes kematian dalam tempoh dua tahun lalu manakala kesan ekonomi terus meningkat dengan kebanyakannya disebabkan ribut.

“Malangnya, komuniti paling terdedah menanggung beban risiko berkaitan cuaca dan iklim.

“Misalnya, taufan paling dahsyat seperti Mocha. Bencana itu menyebabkan kemusnahan meluas di Myanmar dan Bangladesh sekali gus menjejaskan golongan miskin,” kata Setiausaha Agung WMO, Profesor Petteri Taalas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya