Doktor temukan janin dalam perut bayi  - Utusan Malaysia

Doktor temukan janin dalam perut bayi 

PERMOHONAN dibuat berdasarkan pembetulan maklumat dalam Sijil Kelahiran melalui Seksyen 15 (1) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 Pindaan (2016). - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Kejadian aneh seorang bayi baru lahir yang dikesan mempunyai janin di dalam perutnya dilaporkan berlaku di Nusa Tenggara Timur (NTT) baru-baru ini.

Lapor Kompas.com, seorang bayi lelaki dilahirkan oleh penduduk wilayah Rote Ndao melalui pembedahan caesarean di Hospital Besar WZ Johannes Kupang pada 18 April lalu.

Namun pakar mengesan terdapat  benjolan pada bahagian perut bayi berusia 37 hari itu yang menghalang proses membuang air.

Tetapi selepas pemeriksaan lanjut, keputusan ultrasound menunjukkan di dalam perut bayi kecil itu terdapat formasi tulang belakang dan organ menyerupai kaki dan lengan.

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Hospital WZ Johannes Kupang, Stef Soka berkata, insiden sama pernah berlaku di Indonesia 10 tahun lalu melibat kes kembar siam dan seumpamanya.

“Awalnya, terdapat benjolan yang menyebabkan pergerakan usus tersumbat. Berdasarkan diagnosis awal ketulan itu disyaki tumor.

“Namun hasil pemeriksaan, pasukan doktor membuat kesimpulan terdapat  kehadiran janin dalam perut bayi itu, disebut istilah fetus in fetu.

“Kes seperti ini boleh berlaku apabila embrio yang dikandung ibu membesar dalam perut kembarnya namun gagal berkembang dan mati kerana tidak mendapat aliran darah dan nutrisi yang cukup sekali gus meningkatkan risiko kepada kandungan,” jelasnya.

Stef berkata, selepas menjalani pembedahan membuang janin berkenaan, keadaan bayi lelaki itu masih lemah dan sedang dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) hospital berkenaan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya