Budak lima tahun telan 40 gula-gula getah

Budak lima tahun telan 40 gula-gula getah

IMBASAN menunjukkan jisim pepejal besar tersekat di perut kanak-kanak itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLUMBUS: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Ohio, Amerika Syarikat (AS) terpaksa menjalani pembedahan kecemasan setelah didapati menelan hampir 40 gula-gula getah.

Lapor Daily Mail, budak lelaki itu mula mengalami sakit dan cirit birit selepas gula-gula getah tersebut bergumpal di dalam perutnya serta menghalang sistem penghadamannya.

Prosedur pembedahan itu melibatkan pasukan doktor menarik keluar gumpalan gula-gula getah tersebut menerusi kerongkong kanak-kanak berkenaan.

Jelas doktor, imbasan menunjukkan jisim pepejal besar yang dikenali sebagai bezoar tersekat di perut kanak-kanak itu sehingga mengambil kira-kira 25 peratus ruang.  

Setelah berbincang dengan ibu bapa budak itu, doktor memutuskan untuk mengeluarkan gumpalan gula-gula getah tersebut menggunakan skop khas melalui esofagus atau kerongkong.  

Katanya, mereka terpaksa melakukan prosedur itu beberapa kali untuk mengeluarkan kesemua gula-gula getah yang tersumbat.    

“Dia amat bernasib baik kerana gumpalan gula-gula getah itu tidak menyekat pada ususnya yang boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Menurut doktor, kanak-kanak itu kini selamat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan jangka panjang. 

Pasukan doktor yang diketuai oleh Dr. Chizite Iheonunekwu di Klinik Cleveland, mendedahkan kejadian itu dalam jurnal perubatan, JEM Reports.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan memaklumkan ketika kejadian, anaknya menghabiskan keseluruhan paket gula-gula getah tanpa gula itu.

Katanya, dia segera menghubungi pusat talian kecemasan yang menasihatinya untuk pergi ke hospital berdekatan sekiranya anaknya mengalami sakit perut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.