AS pulangkan barangan antik curi kepada China

AS pulangkan barangan antik curi kepada China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) memulangkan kembali dua barang antik yang dirompak kepada China dalam gelombang penghantaran pulang artifak yang curi dari lebih 12 negara, lapor pihak berkuasa New York.

Peguam Daerah Manhattan, Alvin Bragg dalam satu kenyataan berkata, dua ukiran batu abad ke-7 yang bernilai lebih AS$3.5 juta (RM15.6 juta) itu dicuri dari sebuah kubur pada awal 1990-an sebelum diseludup keluar dari China.

Ukiran itu adalah antara 89 barang antik dari 10 negara berbeza yang dibeli oleh seorang pengumpul barangan seni persendirian di New York, Shelby White.

“Dari 1998, barang antik itu pinjamkan kepada Muzium Seni Metropolitan sebelum disita tahun ini oleh Pejabat Peguam Daerah berikutan siasatan jenayah.

“Adalah memalukan bahawa kedua-dua barang antik yang luar biasa ini dicuri dan sekurang-kurangnya satu kekal tersembunyi daripada pandangan umum selama hampir tiga dekad.

“Walaupun nilai keseluruhannya melebihi AS$3 juta (RM13.4 juta), perincian dan keindahan yang luar biasa bagi kepingan ini sebenarnya tidak ternilai,” kata Bragg.

Secara kolektif, barangan antik itu bernilai hampir AS$69 juta (RM307.5 juta) dan merupakan sebahagian daripada siasatan jenayah oleh Unit Pemerdagangan Barang Antikuiti di bandar itu yang menjejak serta menghantar pulang artifak yang dirompak.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya