Arab Saudi, Malaysia meterai MoU pensijilan halal

Arab Saudi, Malaysia meterai MoU pensijilan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pihak berkuasa Makanan dan Ubatan Arab Saudi (SFDA) dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama dalam pengiktirafan pensijilan halal bagi produk keluaran tempatan.

Lapor Arab News, MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SFDA, Dr. Hisham bin Saad al-Jadhey dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff.

Perjanjian itu juga menyaksikan kedua-dua negara meluaskan kerjasama mengenai prosedur penilaian pematuhan, spesifikasi standard, peraturan untuk mengeluarkan sijil halal dan pertukaran pengetahuan dalam latihan, penyelidikan serta analisis makmal produk halal.

Menurut Hisham, perjanjian itu bertujuan menyeragamkan piawaian halal kerana terdapat perbezaan dalam spesifikasi dengan lebih 400 sijil halal di seluruh dunia.

“Adalah penting untuk mewujudkan rangka kerja kawal selia bagi meningkatkan kebolehpercayaan produk halal untuk umat Islam di seluruh dunia.

“Pusat Halal negara ini sudah berusaha selama beberapa tahun untuk mewujudkan rangka kerja bagi sistem pensijilan halal antarabangsa yang seragam,” katanya.

Arab Saudi menandatangani persetujuan dengan Maghribi berhubung isu berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya