Wanita tinggal dalam gua 500 hari

Wanita tinggal dalam gua 500 hari

BEATRIZ Flamini keluar dari sebuah gua di Los Gauchos, berhampiran Motril selepas berada di dalamnya selama 500 hari. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Seorang atlet sukan ekstrem dari Sepanyol keluar dari sebuah gua selepas berjaya menghabiskan masa selama 500 hari tanpa berhubungan dengan mana-mana individu dari luar. 

Pencapaian Beatriz Flamini kemungkinan besar bakal melakar rekod dunia.  

Lapor BBC, Flamini memasuki gua di Granada, Sepanyol sebelum insiden pencerobohan Russia di Ukraine dan ketika dunia masih berada dalam cengkaman pandemik Covid-19. 

Ia merupakan sebahagian eksperimen yang dipantau rapi oleh sekumpulan saintis.

“Saya masih terperangkap pada tarikh 21 November 2021. Saya tidak tahu apa-apa mengenai dunia sejak itu,” katanya selepas keluar dari gua.

Flamini, 50, memasuki gua tersebut ketika berusia 48 tahun.

Wanita itu tinggal di dalam gua sedalam 70 meter itu, dengan melakukan beberapa aktiviti termasuk bersenam, melukis dan mengait topi bulu.

Menurut pasukan sokongan Flamini, sepanjang tempoh berada di dalam gua itu, dia sudah membaca sebanyak 60 buah buku dan minum 1,000 liter air.

Dia dipantau oleh sekumpulan ahli psikologi, penyelidik, pakar speleologi, namun tiada pakar berkenaan pernah menghubunginya.

Rakaman disiarkan oleh stesen TVE Sepanyol menunjukkan Flamini sedang memanjat keluar dari gua sambil tersenyum sebelum memeluk pasukannya.

Sementara itu, Flamini menyifatkan pengalamannya sebagai ‘menakjubkan dan tiada tandingan’.

“Selama setahun setengah, saya tidak bercakap dengan sesiapa melainkan diri sendiri,” katanya.

Flamini mengakui dia juga kehilangan jejak masa selepas kira-kira dua bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN