Terowong terpanjang dunia di Norway kini dibuka

Terowong terpanjang dunia di Norway kini dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Sebuah terowong terpanjang dunia yang dibina khas untuk pejalan kaki dan aktiviti berbasikal di Norway, kini dibuka kepada pengunjung.

Lapor CNN, terowong sepanjang tiga kilometer (km) itu dibina melalui tapak gunung Løvstakken di bandar Bergen yang dikelilingi oleh tujuh gunung.

Malah, syarikat pembinaan terowong menyifatkannya sebagai binaan khas terowong terpanjang seumpamanya.

Terowong dikenali sebagai Fyllingsdalstunnelen dibuka secara rasmi pada 15 April lalu, dengan anjuran Hari Keluarga dan pelbagai aktiviti sukan.

Pembinaan terowong itu mengambil masa selama empat tahun yang bermula pada Februari 2019.

Projek mega yang dibiayai kerajaan menelan kos hampir AS$29 juta (RM128.5 juta).

“Biasanya warga Norway gemar bersederhana namun dalam hal ini, kami mampu menyatakan terowong itu 100 peratus canggih,” kata jurucakap syarikat kereta api Bybanen Utbygging, Camilla Einarsen Heggernes.    

Pada bahagian tengah dalam terowong itu, sebuah `jam matahari’ dipasang bagi membantu pengunjung menyesuaikan diri selain memisahkan barisan yang panjang.

Dilaporkan, perjalanan melalui terowong berkenaan mengambil masa kurang daripada 10 minit dengan berbasikal dan kira-kira 40 minit sekiranya berjalan kaki. 

“Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana penunggang basikal dan pejalan kaki boleh menggunakan terowong sama secara serentak.

“Terdapat dua lorong di terowong tersebut yang terdiri daripada laluan untuk basikal dan pejalan kaki yang masing-masing selebar 3.5 meter dan 2.5 meter,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya