Orang tak nampak kemurungan saya - Azza Elite - Utusan Malaysia

Orang tak nampak kemurungan saya – Azza Elite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Azza Elite mengakui adakalanya dirinya mengalami tekanan hidup dan kemurungan gara-gara kehidupan yang mencabar.

Katanya, namun perkara itu dilepaskan apabila meluangkan masa dengan sahabat lebih-lebih anggota kumpulan Elite yang lain.

“Tenang otak bila jumpa kawan kawan. Saya rasa kena selalu jumpa kawan kawan saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau tidak saya rasa mental! Kadangkala saya rasa saya ada kemurungan yang orang tak nampak.

“Saya penat, I rasa murung. Dapat jumpa kawan Elite rasa Allah bg saya kekuatan . Terima kasih kepada mereka, Alhamdulillah,” kongsinya di Thread.

Kata Azza, Allah kurniakan kawan-kawan bagi sebagai pemberi semangat kepadanya di kala susah.

“Saya memang perlukan mereka untuk berada di samping saya walaupun kadang yang org nampak saya bagi kekuatan dekat kawan-kawan.

“Tapi sebenarnya Allah hadirkan mereka bagi kekuatan dekat saya. Saya perlukan mereka untuk berada dengan saya,” ujarnya- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini