Singapura teruskan hukuman gantung Tangaraju

Singapura teruskan hukuman gantung Tangaraju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pihak berkuasa penjara di Singapura menggantung seorang banduan yang dijatuhi hukuman mati selepas disabitkan dengan konspirasi menyeludup dadah jenis ganja dianggarkan seberat satu kilogram (kg).

Hukuman mati itu tetap dilaksanakan meskipun ramai aktivis dan kumpulan hak asasi manusia mengecam dan berpandangan wujudnya `banyak kelemahan’ dalam kes tersebut.

Sebelum ini, terdapat rayuan dari Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meminta Singapura pertimbangkan semula hukuman gantung itu selain gesaan hartawan Britain, Richard Branson untuk menghentikannya.

Jurucakap Perkhidmatan Penjara Singapura memaklumkan banduan bernama Tangaraju Suppiah, 46, menjalani hukuman mati hari ini di Kompleks Penjara Changi.

Jelasnya, Tangaraju disabitkan pada tahun 2017 atas kesalahan bersubahat dengan terlibat dalam konspirasi untuk mengedar sebanyak 1,017.9 gram ganja.

Kuantiti itu adalah dua kali ganda daripada jumlah minimum diperlukan bagi pelaksanaan hukuman mati di Singapura.

Tangaraju dijatuhi hukuman mati pada 2018 dan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu.

Namun, kumpulan hak asasi manusia mendakwa terdapat beberapa masalah dengan kes itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Singapura menegaskan Tangaraju diberi pengadilan yang sewajarnya dan kesalahannya sudah dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bukti jelas menunjukkan dia merupakan individu yang menyelaraskan penghantaran dadah bagi tujuan penyeludupan.

Branson yang juga Ahli Suruhanjaya Global Dasar berkaitan Penyalahgunaan Dadah menerusi blognya mendakwa `tiada dadah bersama Tangaraju ketika penahanannya dan Singapura mungkin membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah’.

Semalam, Kementerian mengecam kenyataan Branson dengan menyatakan hartawan itu tidak hormat kepada hakim dan sistem kehakiman Singapura dengan membuat dakwaan demikian.

Singapura antara negara memiliki undang-undang berkaitan dadah yang paling ketat di dunia.

Malah, negara itu tetap bertegas hukuman mati merupakan langkah pencegahan berkesan untuk mengekang aktiviti pengedaran dadah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN