Sedia hadapi ancaman AS, China bangun senjata nuklear besar-besaran - Utusan Malaysia

Sedia hadapi ancaman AS, China bangun senjata nuklear besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: China meneruskan ‘cita-citanya’ untuk mengembangkan sistem pertahanan ke peringkat tertinggi dan terbesar sebagai persediaan menghadapi ancaman dari Amerika Syarikat (AS).

Badan pemikir SIPRI memaklumkan, untuk mencapai tujuan tersebut, China bertungkus-lumus meningkatkan penghasilan senjata nuklearnya yang kini dianggarkan sebanyak 350.

Biarpun jumlahnya tidak sebanyak di AS dan Russia, namun kadar penghasilannya amat pantas dan dijangka China bakal mempunyai kira-kira 1,500 senjata nuklear menjelang 2035.

Matt Korda dari Persatuan Saintis AS, berkata, China dilihat semakin tidak berpuas hati dengan sistem pertahanannya dan sentiasa berusaha meningkatkan strategi bagi mengukuhkan keselamatannya.

“Di bawah pentadbiran Presiden Xi Jinping, China dilihat semakin agresif dalam mengukuhkan sistem pertahanan, termasuk menghasilkan pelbagai senjata nuklear yang canggih.

“Boleh dikatakan China ketika ini sedang membangunkan sistem pertahanan secara besar-besaran, malah yang paling besar setakat ini,” katanya.

Selain senjata nuklear, China juga agresif meningkatkan teknologi kapal selam dan kapal perangnya ke peringkat tertinggi.

Beijing juga dilaporkan membina lebih banyak pusat untuk melancarkan peluru berpandu balistik dengan lebih 300 silo di seluruh negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya