PBB optimis peluang perdamaian di Sudan - Utusan Malaysia

PBB optimis peluang perdamaian di Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Serangan udara dan artileri masih menggegarkan bandar ini semalam ketika konflik di Sudan sudah pun memasuki minggu ketiga.

Situasi itu menyaksikan lebih ramai rakyat Sudan melarikan diri ke beberapa negara jiran bagi mendapatkan perlindungan.

Sehingga petang semalam, pertempuran hebat boleh didengar di pinggir Khartoum yang berhampiran dengan markas tentera Sudan dan istana presiden.

Biarpun pertempuran masih berlaku, namun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) optimis ruang perdamaian masih ada.

Wakil khas PBB sebelum ini menyatakan terdapat sedikit harapan untuk konflik berakhir kerana kedua-dua pihak, iaitu pasukan tentera Sudan dan psukan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF) semakin terbuka untuk melakukan rundingan.

Tentera Sudan menerusi kenyataan memaklumkan, pasukannya bertempur dengan RSF di utara Bahri dan di Omdurman, selain memusnahkan 25 jentera RSF.

Sejumlah premis perniagaan dan bank di kawasan tersebut turut dipecah masuk – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.