Lebih 100 maut pertempuran di Sudan

Lebih 100 maut pertempuran di Sudan

ASAP berkepul-kepul di atas bangunan kediaman di Khartoum dalam pertempuran pihak tentera dan separa tentera. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Pertempuran sengit di antara tentera dan separa tentera yang dipanggi Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di Sudan mengorbankan lebih 100 orang dan jumlah yang tercedera dianggarkan 1,100 orang.

Lapor BBC, keganasan itu dilaporkan berterusan sehingga memasuki hari ketiga.

Kedua-dua pihak mendakwa berjaya mengawal beberapa kawasan utama di ibu negara Khartoum di mana penduduk terus berlindung daripada letupan.

Terdahulu, kedua-dua pihak mengadakan gencatan senjata sementara bagi membolehkan penduduk yang cedera dipindahkan walaupun tidak jelas sejauh mana kedua-dua pihak akan berpegang padanya.

Para doktor memberi amaran bahawa keadaan di hospital di Khartoum amat sukar dan pertempuran itu menghalang kakitangan dan bekalan perubatan daripada sampai kepada penduduk yang tercedera.

Pertempuran itu adalah sebahagian daripada perebutan kuasa ganas dalam kepemimpinan tentera negara itu.

Sudan dikendalikan oleh jeneral sejak rampasan kuasa yang menggulingkan presiden autoritarian lama, Omar al-Bashir, pada 2019.

Pada Ahad lalu, RSF mendakwa menguasai tempat penting di ibu negara Khartoum seperti Istana Presiden dan bandar bersebelahan, Omdurman serta di wilayah barat Darfur dan Lapangan Terbang Merowe di utara negara itu.

Tetapi beberapa laporan menunjukkan bahawa tentera menguasai semula lapangan terbang dengan tentera memberitahu mereka berurusan dengan sebahagian kecil pemberontak.

Tentera sebelum ini menafikan bahawa RSF merampas tapak penting di ibu negara dan saksi di negara itu memberitahu agensi berita Reuters bahawa tentera kelihatan mendapat keuntungan selepas meletupkan pangkalan RSF dengan serangan udara.

Pertempuran sengit dilaporkan berlaku di seluruh Sudan sebagai pertempuran antara puak bersenjata saingan terus merebak.

Penduduk-penduduk Khartoum turut meluahkan tentang ketakutan dan panik berhubung kejadian itu.

Seorang penduduk Khartoum, Huda memberitahu agensi berita Reuters, mereka takut, kami tidak tidur selama 24 jam kerana bunyi bising dan rumah bergegar.

“Kami bimbang tentang kehabisan air dan makanan serta ubat untuk ayah saya yang menghidap diabetes.”

Seorang lagi penduduk Khartoum, Kholood Khair, memberitahu BBC bahawa penduduk tidak dapat memastikan keselamatan di mana-mana. Semua orang awam digesa untuk tinggal di rumah, tetapi itu tidak memastikan semua orang selamat.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya