Korea Utara berjaya uji peluru berpandu Hwasong-18

Korea Utara berjaya uji peluru berpandu Hwasong-18

KCNA berkata Hwasong-18 ialah ICBM dalam tiga peringkat. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara mengumumkan kejayaan menguji peluru berpandu balistik antara be­nua (ICBM) bahan api pepejal pertamanya yang dinamakan Hwasong-18.

Peluru itu ditembak dari Pyongyang dan terbang sejauh kira-kira 1,000 kilometer sebelum jatuh ke perairan timur Korea Utara.

Lapor Al Jazeera, peluru itu merupakan matlamat utama pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk memba­ngunkan senjata yang lebih maju dan berkuasa.

Ujian itu bagaimanapun dikesan oleh Korea Selatan dan Jepun yang turut mengarahkan penduduk di pulau utara Hokkaido berpindah untuk faktor keselamatan.

Media negara Korea Utara juga mengesahkan pelancaran peluru berpandu itu, kelmarin.

Ujian berkenaan turut di­awasi oleh Jong Un yang ditema­ni oleh anak perempuannya.

Agensi Berita Pusat Korea, KCNA menggambarkan ujian itu sebagai satu kejayaan ajaib.

“Sejenis peluru berpandu ba­listik antara benua baharu diuji pada hari Khamis sebagai cara utama pasukan tentera strategik,” menurut agensi itu.

Agensi berita itu turut memetik Jong Un sebagai berkata, Hwasong-18 me­nunjukkan postur tindak balas nuklear Korea Utara dan konfrontasi habis-habisan terhadap pesaingnya.

“Sistem senjata Hwasong-18 yang akan dikendalikan oleh pa­sukan strategik negara akan memainkan misi dan peranannya untuk mempertahankan (Korea Utara), menghalang pencerobohan dan memelihara keselamatan negara sebagai kaedah paling berkuasa,” kata KCNA.

Peluru berpandu bahan api pepejal adalah lebih selamat untuk digunakan, lebih mudah untuk bergerak dan lebih pantas untuk digunakan berbanding va­rian digerakkan cecair yang perlu dimuatkan di tapak pelancaran dan merupakan bahagian penting dalam rancangan pembangunan senjata lima tahun yang diper­kenalkan Jong Un pada 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya