Kes rusuhan Brazil: Mahkamah arah Bolsonaro beri keterangan  

Kes rusuhan Brazil: Mahkamah arah Bolsonaro beri keterangan  

PENYOKONG Bolsonaro memecahkan tingkap bangunan Mahkamah Agung ketika rusuhan pada Januari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Mahkamah Agung Brazil memerintahkan bekas Presiden, Jair Bolsonaro untuk memberi keterangan di hadapan Polis Persekutuan dalam tempoh 10 hari akan datang.

Ia merupakan sebahagian siasatan dijalankan ke atas protes anti-demokrasi yang berlaku 8 Januari lalu apabila penyokong bekas presiden itu bertindak menyerbu beberapa bangunan rasmi kerajaan.  

Lapor CNN, mahkamah memaklumkan, Hakim Alexandre de Moraes menyifatkan keterangan Bolsonaro adalah penting untuk menjelaskan situasi pada hari terbabit yang dianggap sebagai tindakan `rampasan kuasa’.

Pada 8 Januari lalu, ribuan penyokong Bolsonaro merusuh dan menceroboh bangunan Kongres, Mahkamah Agung, Istana Presiden dan Kementerian di ibu kota Brasilia dengan niat berusaha mencetuskan huru-hara dan rampasan kuasa yang akan menggulingkan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.

Penyokong Bolsonaro bertindak ganas selepas enggan menerima keputusan pilihan raya presiden apabila Bolsonaro tewas dengan perbezaan undi yang kecil.

Lautan bolsonarista berpakaian kuning dan hijau memecahkan tingkap serta memusnahkan peralatan termasuk perabot dan karya seni ketika mereka menyerbu masuk ke dalam bangunan

Kongres untuk menuntut campur tangan tentera.

Dilaporkan, siasatan mahkamah terhadap Bolsonaro tertumpu khususnya sama ada beliau pernah menggalakkan jenayah menentang kedaulatan undang-undang dengan menyiarkan rakaman individu lain mempersoalkan kesahihan undian Oktober lalu yang disiarkan semula di media sosial pada malam 10 Januari dan kemudian dipadamkannya.

Bolsonaro juga sedang disiasat sama ada pemimpin itu membuat hasutan sehingga protes anti-demokrasi tercetus pada 8 Januari lalu.

Sebelum ini, bekas presiden sayap kanan itu mengecam rusuhan berkenaan dan berulang kali menafikan sebarang penglibatannya dalam menggalakkan protes itu berlaku. 

Bagaimanapun, beliau memberitahu ramai individu sudah ditahan secara tidak adil berhubung insiden tersebut.

Setakat ini, Bolsonaro belum memberi sebarang komen secara terbuka mengenai perintah mahkamah itu.

Presiden Lula menyifatkan protes 8 Januari itu sebagai cubaan `rampasan kuasa’ yang dilakukan oleh kumpulan sayap kanan.

Sementara itu, mahkamah memaklumkan keterangan bekas presiden itu telah diminta oleh pejabat Peguam Negara Brazil, namun beliau dilaporkan berada di luar negara. 

Bolsonaro ke luar negara pada Disember tahun lalu sejurus sebelum upacara angkat sumpah penggantinya dan kembali ke Brazil pada 30 Mac lalu.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN