Kapal tangki minyak berdaftar Singapura dilapor dinaiki 'orang tidak

Kapal tangki minyak berdaftar Singapura dilapor dinaiki ‘orang tidak dikenali’

KAPAL tangki berbendera Singapura itu dikatakan dinaiki oleh lanun di luar Abdijan pada Isnin lalu. -Straitstimes.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kapal tangki minyak berdaftar Singapura dilaporkan dinaiki oleh ‘orang asing’ disyaki lanun kira-kira 300 batu nautika (550 kilometer) dari Ivory Coast, Afrika.

Lapor AFP, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), sebanyak 20 anak kapal dari pelbagai negara berada dalam kapal yang dinamakan Success 9 apabila ia dinaiki Isnin lalu di Teluk Guinea.

MPA berkata, mereka kini bekerjasama rapat dengan pemilik kapal serta Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Wilayah Monrovia dan Pusat Percantuman Maklumat, Pusat Kawalan dan Perintah Changi untuk memantau keadaan dan memberikan bantuan yang diperlukan.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini.

Lanun sudah lama menjadi risiko di Teluk Guinea iaitu laluan perkapalan utama yang menjangkau 5,700 kilometer dari Senegal ke Angola dengan kumpulan geng Nigeria banyak melakukan serangan.

Tetapi sejak 2021, pelaut-pelaut mendapati lanun boleh menyerbu lebih jauh di perairan antarabangsa.

Keganasan dan taktik canggih mereka bagaimanapun mendorong pelaut-pelaut untuk melengkapkan kemudahan yang lebih mantap seperti misi mengekang serangan lanun Somalia sedekad lalu.

“Nampaknya serangan serius semakin meningkat di Teluk Guinea. Kami berharap lebih banyak kapal perang antarabangsa dengan kemudahan helikopter akan dapat mengawal kawasan itu,” kata Noel Choong dari pusat pelaporan lanun Biro Maritim Antarabangsa kepada AFP.

Pada bulan Mac, lanun merampas sebuah kapal tangki minyak Denmark di luar Congo dan menculik enam anak kapal sebelum meninggalkan kapal itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya