Israel gerakkan pasukan simpanan polis, tentera 

Israel gerakkan pasukan simpanan polis, tentera 

ANGGOTA polis sempadan Israel berdiri di belakang penghadang di Kota Lama Baitulmuqaddis. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggerakkan pasukan simpanan polis dan tentera susulan beberapa serangan berasingan mengorbankan tiga orang termasuk seorang pelancong Itali di Tebing Barat dan Tel Aviv.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengarahkan polis untuk mengerahkan semua unit polis sempadan simpanan dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menggerakkan pasukan tambahan bagi menghadapi serangan keganasan.

Arahan itu dikeluarkan selepas serangan membabitkan dua adik-beradik perempuan warga Britain-Israel yang berusia 16 dan 20 tahun terbunuh, manakala ibu mereka cedera parah dalam tembakan di Tebing Barat yang diduduki.

Datuk Bandar Efrat, Oded Revivi mengesahkan berita kematian mangsa berkenaan. 

Seorang diplomat Britain turut mengesahkan dua mangsa itu merupakan pemegang pasport dari United Kingdom (UK), selain menggesa semua pihak mengurangkan ketegangan.

Tentera Israel berkata, pihaknya sedang memburu suspek terlibat.

Dalam satu lagi serangan di tengah Tel Aviv, seorang lelaki terbunuh dan tujuh individu berumur antara 17 hingga 74 tahun cedera apabila sebuah kereta merempuh pejalan kaki di laluan berbasikal di sepanjang pinggir laut sebelum kenderaan itu terbalik. 

“Semua mangsa merupakan pelancong, ” kata pegawai perkhidmatan kecemasan, Magen David Adom.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni mengesahkan mangsa yang maut itu sebagai Alessandro Parini berusia 36 tahun.

Hospital Ichilov di Tel Aviv memaklumkan pihaknya sedang merawat empat mangsa yang cedera terdiri daripada tiga rakyat Britain dan seorang warga Itali.

Menurut jurucakap polis, suspek sudah dibunuh dan pihaknya menyifatkan kejadian itu sebagai serangan terhadap orang awam membabitkan rempuhan kereta.    

Dilaporkan, keganasan semakin meningkat sejak polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, dengan Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza dan Lebanon berikutan serangan roket oleh kumpulan pejuang Palestin.

Ketegangan terbaharu berlaku ketika perayaan Yahudi, Passover (Paskah) dan Ramadan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya