Elak kesesakan trafik, remaja guna plat kereta dan lampu polis - Utusan Malaysia

Elak kesesakan trafik, remaja guna plat kereta dan lampu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang remaja ditahan pihak berkuasa selepas bertindak menggantikan plat kenderaannya dengan plat servis polis demi mengelak kesesakan lalu lintas.

Malah, lelaki berusia 19 tahun itu juga dilihat turut memasang lampu kecemasan di bahagian atas kereta jenis Honda Freed dipandunya.

Dia juga tidak teragak-agak menghidupkan lampu kecemasan tersebut untuk memaksa kenderaan lain memberi laluan kepadanya tanpa rasa bersalah.

“Kami mengambil tindakan terhadap pelanggaran peraturan lalu lintas pemandu sebuah kereta dengan plat nombor perkhidmatan polis yang turut dikesan menggunakan lampu kecemasan berwarna biru,” kata Ketua Utama Lalu Lintas (Korlantas) Polis Tangerang-Merak, Kompol Wiratno.

Menurut Kompol, insiden tangkapan itu berlaku ketika anggota PJR Korlantas dari Polis Tol Tangerang-Merak sedang melakukan rondaan trafik sebelum terlihat kereta berwarna kelabu itu melintas di hadapan mereka menggunakan lampu kecemasan.

“Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, anggota Korlantas kemudian mengejar kereta itu dan apabila berjaya dihentikan, memang benar pemandunya adalah orang awam.

“Berlaku kejar mengejar apabila pemandu enggan bekerjasama ketika anggota cuba mendekati tetapi kenderaan itu akhirnya berjaya dihentikan sejurus sebelum transaksi di Tol Cikupa menghala ke Jakarta,” jelasnya.

Kompol berkata, lelaki itu dan kenderaannya kemudian dibawa ke Pejabat Utama Tol PJR Korlantas Polis Tangerang-Merak dan disaman sebelum diserahkan kepada kepada Unit Siasatan Jenayah Polis Banten untuk tindakan selanjutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.