Depoh bahan api Crimea terbakar akibat serangan dron

Depoh bahan api Crimea terbakar akibat serangan dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kebakaran besar tercetus di sebuah depoh bahan api di Sevastopol, pelabuhan utama di Crimea.

Pihak berkuasa mendakwa kebakaran itu berpunca daripada serangan dron di kawasan itu.

“Sebuah depoh bahan api yang terletak di daerah Teluk Kazachya di Sevastopol, terbakar.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran itu disebabkan oleh serangan dron,” kata Gabenor Sevastopol, Mikhail Razvozhayev menerusi Telegram.

Sevastopol iaitu bandar terbesar di Crimea yang dikuasai Moscow dan pelabuhan utama di Laut Hitam, memainkan peranan penting sebagai lokasi ibu pejabat armada berkenaan serta menjadi hab logistik bagi operasi di Ukraine.

Bandar itu dilanda siri serangan dron sejak serangan Kremlin di Ukraine dilancarkan tahun lalu.

Menurut Razvozhayev, kebakaran itu membabitkan keluasan sekitar 1,000 meter persegi.

Beberapa gambar tular dalam media sosial menunjukkan kepulan asap besar menyelubungi ruang udara di kawasan berkenaan.

Razvozhayev meminta penduduk Crimea kekal bertenang selain menyatakan tiada individu yang cedera dalam insiden itu.

Katanya, keadaan kini terkawal dan tiada ancaman kepada infrastruktur awam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya