China lancar latihan ketenteraan di Selat Taiwan

China lancar latihan ketenteraan di Selat Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mengumumkan republik itu melancarkan latihan ketenteraan selama tiga di Selat Taiwan.

Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) memaklumkan latihan ketenteraan yang dinamakan sebagai United Sharp Sword akan bermula hari ini sehingga 10 April.

Katanya, tujuan latihan ketenteraan itu diadakan sebagai membuat persiapan bertempur.

Jurucakap Komando Teater Timur PLA, Kolonel Shi Yi berkata, United Sharp Sword membabitkan latihan rondaan polis di Selat Taiwan, bahagian utara dan selatan, di perairan dan ruang udara negara.

Setakat ini, lokasi sebenar latihan ketenteraan tidak didedahkan.

Langkah itu susulan pertemuan antara Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen dan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Kevin McCarthy di California.

China mendakwa Taiwan yang diperintah secara demokrasi sebagai wilayahnya sendiri, dan tidak menolak untuk menggunakan kekerasan bagi menguasai pulau itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN