Berang ditegur jiran jangan buat bising, lelaki tembak mati lima warga Honduras - Utusan Malaysia

Berang ditegur jiran jangan buat bising, lelaki tembak mati lima warga Honduras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Polis giat memburu seorang suspek yang dipercayai melepaskan tembakan sehingga menyebabkan lima warga Honduras maut.

Insiden itu berlaku selepas suspek diminta menghentikan latihan menembak yang dilakukannya di kawasan laman rumahnya kerana menyebabkan anak kecil keluarga warga Honduras itu terjaga dan sukar tidur akibat bunyi bising.

Berang dengan teguran tersebut, suspek melepaskan tembakan sehingga meragut lima nyawa termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.

Sherif Greg Capers di Daerah San Jacinto di utara Houston menyifatkan lokasi kejadian ‘amat mengerikan’.

Katanya, beliau menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin.

“Kesemua mayat ditemukan bergelimpangan di dalam rumah, dari pintu masuk sehinggalah ke dalam bilik tidur.

“Saya dimaklumkan mereka menegur suspek supaya berhenti lakukan latihan tembakan kerana bunyi bising mengganggu anak mereka tidur,” katanya.

Jelas capers, kesemua mangsa ditembak dibahagian leher dan kepala.

Dalam pada itu, tiga penghuni lagi turut cedera akibat ditembak dalam insiden tersebut.

Dianggarkan 10 orang yang kesemuanya merupakan warga Honduras menetap di dalam kediaman tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya