Arab Saudi, Syria mahu perbaiki hubungan, komited tangani isu

Arab Saudi, Syria komited tangani isu pengedaran dadah

PUTERA Faisal Farhan (kanan) bertemu dengan Faisal Mekdad di Jeddah. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pertemuan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan dan rakan sejawatnya dari Syria, Faisal Mekdad hari ini adalah bagi memperbaiki hubungan kedua-dua negara.

Lapor REUTERS, kedua-dua negara dilaporkan bersetuju untuk menyambung semula perkhidmatan konsular dan penerbangan di antara kedua-dua negara serta bersetuju untuk bekerjasama memerangi pengedaran dadah.

Langkah-langkah tersebut juga bagi memudahkan Syria untuk kembali ke pangkuan negara-negara Arab.

Mekdad dilaporkan mendarat di Jeddah dalam lawatan pertama seorang diplomat kanan Syria ke kerajaan itu dalam lebih sedekad, petanda utama bahawa pengasingan serantau terhadap Syria hampir berakhir.

Arab Saudi dikatakan memutuskan hubungan dengan Damsyik sewaktu Presiden Syria, Bashar Al-Assad melakukan protes dan pemberontakan pada 2011 selain Arab Saudi juga menyokong kumpulan pemberontak yang berjuang untuk menyingkirkan Assad daripada kuasa.

Syria juga dilaporkan digantung daripada Liga Arab.

Penyambungan semula hubungan Saudi-Syria menandakan perkembangan paling ketara dalam langkah negara negara-negara Arab untuk menormalkan hubungan dengan Assad.

Hal itu datang beberapa minggu selepas Mekdad bertemu dengan diplomat terkemuka Mesir dan Jordan, juga buat kali pertama dalam lebih sedekad.

Assad dengan bantuan sekutu utamanya Iran dan Rusia menguasai semula sebahagian besar Syria dan Arab Saudi berkata, mengasingkannya adalah langkah yang tidak berkesan.

Dalam satu kenyataan bersama pada akhir lawatan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju mengenai keperluan bagi negara Syria untuk menegaskan kawalannya ke atas semua wilayahnya dan menamatkan kehadiran tentera bersenjata.

Kedua-dua menteri itu juga membincangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk penyelesaian politik kepada krisis Syria yang menyumbang kepada kepulangan Syria ke persekitaran Arabnya dan akan meningkatkan kerjasama dalam memerangi pengedaran dadah.

Negara-negara Amerika Syarikat (AS) dan Eropah antara lain menuduh keluarga Assad memainkan peranan utama dalam perdagangan haram dadah captagonis bernilai bilion dolar, sejenis amfetamin yang mereka katakan dihasilkan di Syria dan membantu membiayai kerajaan Syria.

Kebanyakannya dianggap dijual kepada pembeli di negara Arab Teluk, termasuk Arab Saudi.

Kerajaan Assad bagaimanapun menafikan penglibatan dalam pembuatan dadah dan penyeludupan serta berkata ia berjuang untuk mengekang perdagangan yang menguntungkan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya