Taliban kawal 14 kedutaan Afghanistan di luar negara

Taliban kawal 14 kedutaan Afghanistan di luar negara

WANITA-wanita warga Afghanistan menenun bulu biri-biri untuk dijadikan karpet di sebuah kilang pembuatan karpet tradisional di Kabul, Afghanistan. -AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Kerajaan Taliban cuba mengawal lebih banyak kedutaan Afghanistan di luar negara di tengah-tengah dasar pengasingan antarabangsa yang berterusan selain melakukan sekatan ke atas wanita dan gadis.

Lapor AP, jurucakap utama kerajaan itu, Zabihullah Mujahid berkata, pentadbiran Taliban menghantar diplomat mereka ke Iran, Turkiye, Pakistan, Russia, China, Kazakhstan dan negara-negara Arab dan Afri­ka yang lain.

Bagaimanapun, dia tidak memberikan butiran lanjut.

“Kami menghantar diplomat ke sekurang-kurangnya 14 buah negara dan usaha sedang dijalankan untuk mengambil alih misi diplomatik lain di luar negara.

“Diplomat bekas kerajaan meneruskan aktiviti mereka dengan penyelarasan dengan Kementerian Luar,” katanya dalam sebuah video.

Pejuang itu pada mulanya menjanjikan peraturan yang le­bih sederhana selepas pengambilalihan pada Ogos 2021 sebaliknya mengenakan larangan menyeluruh dan menyekat kebebasan asas.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kerajaan asing turut mengecam keras dasar sekatan wanita ke atas pendidikan dan pekerjaan dan masyarakat antarabangsa tetap berhati-hati untuk mengiktiraf Taliban secara rasmi.

Bagaimanapun, beberapa negara mengekalkan misi diplomatik aktif di Afghanistan termasuk Pakistan, Turkiye, Qatar, dan China.

Pada Februari lalu, pihak berkuasa menyerahkan kawalan kedutaan Afghanistan di Tehran kepada utusan kerajaan Taliban.

Ia sebelum ini dikendalikan oleh utusan dari bekas kerajaan Afghanistan yang disokong Amerika Syarikat.

Timbalan jurucakap kerajaan, Bilal Karimi berkata, beliau tidak dapat segera memberikan angka mengenai bilangan perwakilan diplomatik Afghanistan yang aktif di luar negara atau berapa banyak pentadbiran yang mengambil alih sejak Ogos 2021.

“Terdapat banyak kedutaan di luar negara. Emirat Islam (kerajaan Taliban) mahu me­ngadakan hubungan diplomatik dengan semua negara dan bergerak ke hadapan dengan interaksi yang baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya