Perlu berani jika meminang suku Anak Dalam - Utusan Malaysia

Perlu berani jika meminang suku Anak Dalam

WANITA daripada suku anak dalam.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUNGO: Sebelum berjaya meminang gadis daripada suku Anak Dalam,  kaum lelaki harus melalui beberapa ujian untuk mendapat restu keluarga perempuan termasuk memenangi pertandingan beradu kekuatan.

Lapor detik.com, tradisi perkahwinan suku kaum itu juga amat berbeza kerana bakal pengantin juga perlu mendapat persetujuan daripada bapa saudara gadis yang ingin dikahwininya.

“Pakcik yang ada kuasa ke atas anak perempuan, bukan ibu bapa. Jadi, kebenaran mesti dari pakcik perempuan. Kalau mak ayah tak setuju pun, kalau pakcik setuju tak boleh tolak,” kata Fasilitator, Pundi Sumatera Muhammad Aziimi.

Sebelum dapat menyunting gadis yang dicintai, lelaki itu juga akan diuji kebolehannya, malah diminta tinggal bersama keluarga bakal isteri dengan tujuan agar keluarga mengenali lelaki tersebut dan dilatih untuk hidup sebagai suami.

“Jika hanya seorang calon, dia akan menyertai keluarga wanita itu sekurang-kurangnya setahun. Dalam tempoh setahun, keluarga akan menilai sama ada dia benar-benar boleh menjaga anak perempuan mereka.

“Jika terdapat beberapa lelaki yang ingin meminang gadis yang sama, keluarga gadis itu akan mengadakan pertandingan beradu kekuatan dan kecerdasan untuk memilih siapa yang layak bergelar suami.

“Mereka diberi cabaran untuk mencari ikan atau hasil hutan. Kemudian ada cabaran berjalan di atas kayu balak yang licin dan senget. Siapa yang berjaya akan terpilih,” jelas Pundi.

Menurut Pundi, satu lagi keunikan tradisi perkahwinan suku kaum ini adalah berkenaan mas kahwin yang diberikan selepas pinangan diterima.

“Keluarga lelaki akan menyediakan mas kahwin untuk wanita yang ingin dikahwininya. Apabila mas kahwin telah diterima, wanita itu tidak boleh mengubah fikirannya.

“Kalau mas kahwin sudah diterima, pinangan tidak boleh ditolak. Kalau ditolak, nanti perempuan itu mesti pulangkan tiga kali ganda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya