Arab Saudi, Iran bertemu sebelum akhir Ramadan

Pemimpin Arab Saudi, Iran bertemu sebelum akhir Ramadan

AKHBAR tempatan Iran melaporkan China menjadi perantara perjanjian di antara Iran dengan Arab Saudi bagi memulihkan hubungan dua hala. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Menteri Luar Arab Sau­di dan Iran berikrar untuk ber­temu sebelum akhir bulan Ra­madan bagi melaksanakan per­janjian perdamaian dua hala yang penting.

Putera Faisal Farhan dan rakan sejawatannya dari Iran, Hossein Amir-Abdollahian mem­buat perjanjian itu mene­rusi panggilan telefon kedua mereka.

Dalam perbualan telefon ter­sebut, kedua-duanya membincangkan beberapa isu biasa.

Hossein turut memberitahu pemberita bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk meng­adakan pertemuan antara diplomat tertinggi mereka dan tiga lokasi dicadangkan, namun ti­dak dinyatakan terperinci.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan, pada 10 Mac lalu, China dikatakan menjadi per­antara di antara Riyadh dan Teheran dalam satu pertemuan peringkat setiausaha keselamatan di Beijing yang membincangkan isu meredakan krisis dua hala.

“Bagaimanapun, kedua-dua menteri itu juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dua hala antara mereka pada bulan Ramadan ini iaitu pada minggu ketiga April, kata SPA.

Perjanjian itu dijangka me­nyaksikan Iran yang majoritinya pengikut Islam Syiah manakala Arab Saudi, Islam Sunni akan membuka semula kedutaan dan misi mereka dalam tempoh dua bulan dan melaksanakan perjanjian kerjasama keselamatan dan ekonomi yang ditandata­ngani lebih 20 tahun lalu.

Pegawai Arab Saudi berkata, pertemuan tersebut adalah langkah seterusnya dalam memulihkan hubungan selepas tujuh tahun terputus.

Riyadh memutuskan hubu­ngan selepas penunjuk perasaan Iran menyerang misi diplomatik Arab Saudi pada 2016 berikutan hukuman mati Arab Saudi terhadap ulama Syiah, Nimr al-Nimr.

Pada 19 Mac lalu, seorang pegawai Iran berkata, Presiden Iran, Ebrahim Raisi mendakwa menerima jemputan untuk melawat Arab Saudi daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, walaupun Riyadh masih belum mengesahkannya.

Perselisihan antara Arab Saudi, pengeksport minyak mentah terbesar dunia dan Iran, yang sangat bertentangan dengan kerajaan Barat berhubung aktivi­ti nuklearnya berpotensi untuk membentuk semula hubungan di seluruh wilayah yang bergolak selama beberapa dekad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya