Pejuang pendidikan wanita ditahan Taliban

Pejuang pendidikan wanita ditahan Taliban

MATIULLAH WESA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang pejuang Afghanistan yang terkenal memperjuangkan hak pendidikan wanita dilaporkan ditangkap oleh pejuang Taliban.

Bagaimanapun, lapor BBC, pihak berkuasa Taliban tidak memberitahu punca sebenar Matiullah Wesa, 30, ditahan.

Penahanannya dilakukan bersama-sama beberapa aktivis yang berkempen untuk pendidikan wanita.

Pada Februari lalu, Prof. Ismail Mashal, seorang pengkritik lantang berkenaan larangan pendidikan untuk wanita ditangkap di Kabul sewaktu mengedarkan buku percuma.

Dia dibebaskan pada 5 Mac lalu tetapi tidak bersuara sejak itu.

Matiullah berkempen perjuangkan hak kanak-kanak perempuan untuk belajar sejak Taliban menyekat pendidikan wanita pada 2021.

Ciap terakhirnya menerusi Twitter, sehari sebelum penahanannya ialah gambar sukarelawan wanita untuk Pen Path yang meminta hak Islam untuk pendidikan untuk anak perem­puan mereka.

Hak wanita secara beransur-ansur terhakis sejak Taliban kembali berkuasa pada 2021 berikutan pengunduran tentera pimpinan Amerika Syarikat.

Hanya guru lelaki dan pelajar lelaki dibenarkan masuk ke sekolah menengah apabila dibuka semula pada September 2021.

Terdapat sedikit harapan berikutan pengumuman pada Mac 2022 bahawa kanak-kanak pe­rempuan akan dibenarkan menghadiri sekolah menengah.

Namun, berlaku pusi­ngan U apabila kebenaran itu tiba-tiba ditolak oleh kepemimpinan Taliban.

Mereka berkata, ka­nak-kanak perempuan akan dibenarkan kembali ke sekolah selepas perancangan menyeluruh disediakan mengikut Syariah.–BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya