Orang muda tak perlu lagi vaksin Covid-19

Orang muda tak perlu lagi vaksin Covid-19

KANAK-kanak dan remaja mungkin tidak perlu lagi vaksin Covid-19. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menyesuaikan cadangan vaksinasi Covid-19 untuk fasa baharu wabak itu.

Fasa baharu menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang sihat mungkin tidak memerlukan suntikan berkenaan, tetapi kumpulan yang lebih tua dan berisiko tinggi harus mendapat penggalak antara enam hingga 12 bulan selepas mereka mendapat vaksin terakhir.

Lapor Channel News Asia, agensi dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, matlamatnya kini adalah untuk menumpukan usaha untuk memvaksinasi mereka yang menghadapi ancaman penyakit teruk dan kematian terbesar akibat Co­vid-19.

Agensi kesihatan itu mentakrifkan populasi berisiko tinggi sebagai orang dewasa yang lebih tua serta orang yang lebih muda dengan faktor risiko yang lain.

Bagi kumpulan ini, agensi itu mengesyorkan suntikan tambahan vaksin sama ada enam atau 12 bulan selepas dos terkini, berdasarkan faktor seperti umur dan keadaan yang menjejaskan imun.

Sementara itu, WHO berkata, kanak-kanak dan remaja yang sihat adalah keutamaan rendah untuk vaksinasi Co­vid-19 dan menggesa setiap negara untuk mempertimbangkan faktor seperti beban penyakit sebelum menge­syorkan vaksinasi kepada kumpulan ini.

Ia berkata, vaksin dan penggalak Covid-19 selamat untuk semua peringkat umur, tetapi cadangan itu mengambil kira faktor lain seperti keberkesanan kos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya