New Zealand haramkan TikTok daripada ahli Parlimen

New Zealand haramkan TikTok daripada ahli Parlimen

Perniagaan menerusi platform TikTok Shop kurangkan risiko peniaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: New Zealand akan mengharamkan aplikasi media sosial milik China, TikTok daripada peranti ahli-ahli Parlimennya.

Kata pegawai kerajaan negara itu kepada AFP, mereka akan menjadi negara Barat terbaharu yang bertindak atas kebimbangan keselamatan berhubung platform media sosial itu.

Ketua Eksekutif Perkhidmatan Parlimen, Rafael Gonzalez-Montero berkata, TikTok akan diharamkan pada semua peranti yang mempunyai akses kepada rangkaian Parlimen mereka.

Katanya, larangan itu akan bermula dari 31 Mac ini.

Gonzalez-Montero berkata, risiko itu tidak boleh diterima dalam persekitaran semasa Parlimen New Zealand.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan analisis pakar kami sendiri dan selepas perbincangan dengan rakan sekerja kami di seluruh kerajaan dan di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

New Zealand menyertai Kanada, Britain dan Amerika Syarikat (AS) dalam mengharamkan aplikasi popular itu daripada peranti milik kakitangan kerajaan di tengah-tengah kebimbangan keselamatan siber bahawa data boleh dilihat oleh pegawai di Beijing.

Suruhanjaya Eropah juga mengarahkan TikTok dihapuskan daripada peranti pekerja mereka.

Tindakan global terhadap TikTok bermula dengan bersungguh-sungguh di India pada tahun 2020.

Ia adalah antara aplikasi China yang disekat selepas pertempuran maut di sempadan antara India dan China, dengan New Delhi berkata ia cuba mempertahankan kedaulatannya.

Pada tahun yang sama, Presiden AS pada waktu itu, Donald Trump menuduh TikTok mengintip China.

TikTok mengakui pekerja ByteDance di China mengakses butiran akaun AS tetapi ia sentiasa menafikan menyerahkan data kepada pihak berkuasa China.

Presiden semasa AS, Joe Biden pula mengancam untuk mengharamkan aplikasi itu secara langsung melainkan TikTok berpisah daripada ByteDance.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya