Kastam banteras import kasut terpakai secara haram

Kastam banteras import kasut terpakai secara haram

KASUT terpakai yang dijual di sebuah kedai kasut di Batam sepatutnya dihantar ke Singapura untuk projek kitar semula.-REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kastam Indonesia akan memperketatkan pemeriksaan di beberapa pelabuhan kecil negara itu bagi membanteras kegiatan mengimport kasut terpakai secara haram.

Langkah itu menyusul laporan agensi berita Reuters baru-baru ini mengenai kasut terpakai yang diberi untuk dikitar semula di Singapura telah dikirim ke Indonesia.

Hasil siasatan selama enam bulan yang diterbitkan pada 25 Februari lalu mendapati, 10 pasang kasut yang didermakan oleh Reuters untuk satu skim kitar semula oleh sebuah syarikat petrokimia Amerika Syarikat (AS), Dow dan pemerintah Singapura telah dieksport ke Indonesia untuk dijual.

Wartawan menggunakan alat pengesan yang disembunyikan pada tapak kasut menemukan kasut yang didermakan di Singapura itu di pasaran barang-barang terpakai di Jakarta dan Pulau Batam kira-kira 19 kilometer dari selatan Singapura.

Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang berkata, berikutan pendedahan laporan itu, pihaknya akan perketat pemeriksaan di pelabuhan bagi memintas sebarang pengiriman kasut terpakai secara haram.

“Insiden ini menunjukkan bahawa kegiatan haram mengimport kasut terpakai ini dijalankan secara teratur dengan menyalahgunakan alasan projek sosial.

“Amalan mengimport secara haram kasut terpakai mesti dihentikan kerana ia memberi kesan buruk kepada industri kasut tempatan,” katanya.

Jelas Agus, kementeriannya juga menyarankan insentif baharu bagi pengeluar kasut tempatan mengimport bahan mentah untuk perniagaan mereka selain menguatkuasakan peraturan yang lebih ketat bagi import tekstil.

Pada Julai 2021, Dow dan Sport Singapore melancarkan program mengisar kasut lama dengan tapak getah menjadi butiran untuk digunakan membuat trek joging dan taman permainan baharu.

Orang ramai menyumbangkan puluhan ribu kasut kepada skim tersebut namun pada 27 Februari lalu, Dow dan Sport Singapore mengeluarkan kenyataan memohon maaf berhubung insiden import haram itu.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.