Indonesia tingkatkan pengeluaran ikan tilapia

Indonesia tingkatkan pengeluaran ikan tilapia

SAKTI WAHYU TRENGGONO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMARANG: Kementerian Lautan dan Perikanan Indonesia akan terus meningkatkan pengeluaran ikan tilapia di negara ini bagi memenuhi permintaan global yang tinggi terhadap hasil ikan tersebut. 

Lapor portal Antara, menterinya, Sakti Wahyu Trenggono memaklumkan permintaan global untuk ikan tilapia adalah sangat besar, dengan pasaran pada tahun ini sahaja bernilai AS$13.9 bilion (RM62.13 bilion).

“Jadi, kami akan meningkatkan pengeluaran dalam aspek ini dengan menambah baik peternakannya,” katanya pada majlis pelancaran Bulan Kualiti Kuarantin, semalam.

Menurut Sakti Wahyu, beliau juga akan berusaha membangunkan pusat penternakan ikan tilapia di sepanjang pantai utara Jawa Tengah bagi menggantikan hasil laut udang.

“Sebelum ini, hasil pantai utara didominasi udang tetapi kami akan mengalihkannya kerana saya merasakan kawasan itu tidak lagi sesuai.

“Kami akan menggiatkan semula kawasan itu untuk ikan tilapia,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu pasaran eksport ikan kekal stabil dan tidak terjejas oleh kemelesetan ekonomi global.

Malah, katanya, permintaan global untuk protein daripada ikan terus meningkat.

“Kami mengakui terdapat beberapa kemerosotan seperti penurunan sedikit dalam pengeluaran udang di Amerika Syarikat (AS), namun penggunaan dan permintaan protein juga semakin meningkat,” katanya.   

Selain itu, beliau berkata, hasil laut utama eksport perikanan Indonesia juga merangkumi udang, tuna, cakalang, sotong dan ketam sepertimana sejak beberapa tahun kebelakangan ini.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya