Indonesia bincang peralihan status Covid-19  - Utusan Malaysia

Indonesia bincang peralihan status Covid-19 

BUDI Gunadi Sadikin menghadiri Anugerah Pengendalian COVID-19 di ibu pejabat Kementerian Kewangan di Jakarta kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin merancang bertemu Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Ghebreyesus akhir bulan ini bagi membincangkan mengenai peralihan status Covid-19 daripada pandemik kepada endemik.

Budi berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan Anugerah Pengendalian Covid-19 kepada entiti kerajaan dan swasta yang dianggap telah menyumbang dalam mengawal wabak itu. 

“Saya berharap dapat berjumpa dengan Ghebreyesus tidak lama lagi. Saya menjangkakan bulan ini,” katanya.

Anggota Pasukan Tinjauan Serologi Kementerian Kesihatan, Iwan Ariawan, menegaskan bahawa mengikut penilaian epidemiologi, terdapat kemungkinan untuk membatalkan Keputusan Presiden Nombor 11 Tahun 2020 mengenai Penetapan Kecemasan Kesihatan Awam untuk Covid-19.

“Peraturan di Indonesia tidak pernah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik tetapi sebagai kecemasan kesihatan awam. Peraturan itu masih berkuat kuasa sekarang, walaupun sekatan aktiviti awam sudah dihentikan.

“Namun begitu, kerajaan perlu mempertimbangkan kesan pembatalan peraturan itu terhadap aspek lain, seperti ekonomi dan tadbir urus pengendalian Covid-19 walaupun pakar epidemiologi telah menilai bahawa dekri itu dapat dimansuhkan,” jelasnya kepada Antara News.

Menurut Iwan, status Covid-19 sama ada sebagai pandemik atau endemik menjadi keputusan kerajaan, justeru amat penting bagi setiap negara untuk membincangkan perkara tersebut dengan WHO sebelum membuat sebarang pengisytiharan.

Sebelum ini, kerajaan Indonesia telah berunding dengan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Jepun, dan India yang juga merancang untuk mengisytiharkan Covid-19 sebagai penyakit endemik tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.