India batalkan lesen syarikat sirap ubat batuk punca kematian kanak-kanak Uzbekistan - Utusan Malaysia

India batalkan lesen syarikat sirap ubat batuk punca kematian kanak-kanak Uzbekistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India membatalkan lesen pembuatan sebuah firma pengeluar ubat batuk yang dikaitkan dengan 18 kematian kanak-kanak di Uzbekistan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada bulan Januari memberi amaran terhadap penggunaan dua sirap batuk yang dibuat oleh syarikat pengeluar Marion Biotech kerana didakwa tidak berkualiti.

Selepas kes kematian dilaporkan di Uzbekistan, kementerian kesihatan India bertindak menggantung pengeluaran ubatan dari syarikat itu.

Semalam, pihak berkuasa di Uttar Pradesh mengesahkan sudah membatalkan lesen syarikat itu secara kekal.

“Firma yang berpangkalan di bandar Noida tidak boleh menjalankan sebarang pembuatan dan pengeluaran ubat sekarang,” kata kakitangan pemeriksaan dadah, Vaibhav Babbar kepada akhbar Hindustan Times.

India merupakan pengeksport ubat generik terbesar di dunia dan bertanggungjawab memenuhi banyak keperluan perubatan negara membangun.

Tetapi sejak beberapa bulan lalu, banyak firma India berada di bawah penelitian berikutan kualiti ubat mereka dan pakar membangkitkan kebimbangan mengenai amalan pembuatan yang digunakan untuk membuat ubat-ubatan ini.

Tindakan terbaru terhadap Marion Biotech dibuat selepas ujian makmal kerajaan pada Disember lalu mendapati 22 sampel sirap ubat batuk firma itu mengandungi campuran palsu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya