Gantung puluhan seluar dalam protes projek rumah mewah

Gantung puluhan seluar dalam protes projek rumah mewah

SELUAR dalam dan kasut digantung sebagai protes terhadap projek perumahan mewah. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang wanita di Thailand mencuri tumpuan ramai selepas bertindak menggantung lebih 30 seluar dalam pada wayar tiang elektrik sebagai tanda protes terhadap sebuah projek perumahan mewah di negara itu.

Lapor The Thaiger.com, wanita berusia 63 tahun yang dikenali sebagai Sompong berbuat demikian selepas berasa bengang terhadap pemaju projek perumahan yang mencemarkan tanahnya dengan air sisa toksik.

Satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @songthaow menunjukkan seluar dalam dan pelbagai kasut seperti sandal, kasut tumit tinggi digantung pada wayar tiang elektrik di wilayah Samut Prakarn berhampiran Bangkok. 

Rakaman itu menjadi tular dan menarik perhatian beberapa agensi media tempatan.    

Berdasarkan laporan media tempatan, wanita itu menggantung seluar dalam itu berhampiran sebuah perumahan mewah baharu di Jalan King Kaew di daerah Bang Phli, wilayah Samut Prakarn. 

Sementara itu, Sompong dalam temubual dengan saluran berita Channel 7 menjelaskan dia melakukan tindakan itu sebagai membantah projek perumahan mewah yang memberi banyak masalah kepadanya sejak pembinaan bermula.

“Saya menggantung seluar dalam dan kasut seperti itu kerana sangat membenci projek kediaman berdekatan kerana memberi pelbagai masalah sejak pembinaan bermula sehingga sekarang.

“Bunyi bising dari pembinaan sering membuatkan saya terjaga pada waktu malam.

“Malah, projek perumahan itu juga mengeluarkan air toksik ke tanah saya sehingga tidak boleh menanam tumbuhan dan semua ikan mati. Saya tidak dapat mencari rezeki,” katanya.      

Tambah Sompong, pemaju projek kediaman itu menghantar beberapa wakil untuk berbincang dengannya.

“Mereka mendengar masalah saya tetapi sia-sia sahaja kerana tiada sebarang tindakan diambil. 

“Malah, saya juga sudah melaporkan masalah itu kepada kerajaan tempatan namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya