Empat warga AS diculik kerana buat prosedur perubatan

Empat warga AS diculik kerana buat prosedur perubatan

SEORANG pekerja Palang Merah menutup pintu ambulans yang membawa dua warga AS yang ditemukan hidup selepas mereka diculik di Matamoros, Mexico, minggu lalu. -AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Empat warga Amerika Syarikat (AS) yang diculik baru-baru ini di Mexico dan dua daripadanya terbunuh dilaporkan melintasi sempadan negara itu untuk mendapatkan prosedur perubatan.

Lapor AFP, pendedahan itu secara tidak langsung menunjukkan berlakunya aliran berterusan dalam pelancongan perubatan warga AS ke negara jirannya di selatan.

Ramat rakyat AS dikatakan melintasi sempadan untuk mencari kos yang lebih rendah atau rawatan yang tidak dapat diakses di negara mereka sendiri walaupun terdapat risiko termasuk pergi ke negara terkenal dengan keganasan berkaitan dadah.

Orang AS dikatakan membuat perjalanan untuk prosedur pergigian sehingga ke pembedahan kosmetik, tidak terkecuali rawatan kanser.

Industri perubatan di Mexico berkembang dengan kukuh dalam tempoh dua dekad yang lalu, namun sedikit menyusut semasa pandemik Covid-19.

Menurut National Exterior Commerce Bank, sebuagh bank milik kerajaan, nilai pelancongan perubatan direkodkan pada AS$5 bilion (RM22.6 bilion) pada 2018.

Mexico kini merupakan salah satu destinasi pelancongan perubatan teratas di dunia, walaupun negara itu terpaksa berdepan dengan imej negatif yang dikaitkan dengan jenayah terancang yang berakar umbi dan keganasan berkaitan kartel.

Ketua Pegawai Eksekutif Patients Beyond Borders, Josef Woodman berkata, risiko yang dikaitkan dengan pelancongan perubatan lebih kerap dikaitkan dengan penjagaan substandard jika seseorang tidak berhati-hati dalam memilih pembekal daripada keganasan politik atau sosial.

“Itu sangat jarang berlaku dalam komuniti kami,” katanya.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS juga memberi amaran tentang kualiti penjagaan kesihatan yang berpotensi buruk dan berkualiti rendah bersama-sama dengan risiko jangkitan selain kesukaran berkomunikasi dengan kakitangan.

Malah, katanya, negeri Tamaulipas, tempat empat warga Amerika menyeberang ke bandar Matamoros yang dilanda jenayah adalah salah satu negeri Mexico yang paling terjejas dengan kegiatan jenayah.

Jabatan Negara AS turut menasihatkan rakyatnya supaya mengelak daripada wilayah itu sepenuhnya selain menyebut penculikan sebagai satu risiko jenayah yang sangat berpotensi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya