Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: S P Setia Bhd. (Setia) mencapai 70 peratus jualan bagi pembangunan komersial terbaharunya, Nadi (Fasa 3A) yang merangkumi sebahagian daripada dataran komersial keseluruhan Nadi di Setia EcoHill 2 di Semenyih semasa pelancarannya pada 22 Jun lalu.

Pengurus Besar Bahagian Setia Koh Sooi Meng berkata, pelancaran terbaharu kami, Nadi (Fasa 3A) telah diterima dengan baik dan unit-unit tersebut telah menerima permintaan yang baik daripada pembeli dan pelabur.

“Sasaran pembeli kami untuk Nadi terdiri daripada pemilik perniagaan dan jenama yang ingin mengembangkan kedai dan operasi mereka dalam kawasan tadahan kediaman Setia EcoHill 2, dan kawasan sekitarnya.

“Pembangunan komersil ini juga akan menarik kepada program kesetiaan pembeli kami yang dikenali sebagai Citizen Setia yang mencari peluang pelaburan komersial dengan Setia. 

“Kami yakin Nadi akan menambahkan nilai kepada Setia EcoHill 2 untuk berkembang maju,” katanya.

Tambahnya, Nadi (Fasa 3A) terletak di atas tanah pegangan bebas seluas 2.2 hektar di Setia Commerce Square dan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM95.4 juta. 

Projek tersebut terdiri daripada 44 unit, terdiri daripada pejabat kedai dua tingkat (36 unit) dan pejabat kedai tiga tingkat (8 unit) dengan bangunan binaan antara 3,899 meter persegi hingga 8,365 kaki persegi, dengan harga antara RM1.79 juta hingga RM3.8 juta.

Jelasnya, didorong oleh populasi perbandaran yang matang dan semakin meningkat, keperluan untuk ruang komersial serba boleh yang terletak dengan baik adalah dialu-alukan.

“Dijadualkan siap menjelang suku kedua 2028, Nadi (Fasa 3A) Setia Commerce Square, yang digelar sebagai daerah pusat perniagaan pelan induk Setia EcoHill 2 bersedia untuk menjadi satu daripada daerah komersial paling rancak untuk melayani koridor Semenyih yang baru muncul,” ujarnya.

Secara keseluruhan, Nadi mempunyai jumlah GDV sebanyak RM489.4 juta dan telah dilancarkan dalam tiga fasa secara berperingkat, yang terdiri daripada sejumlah 224 unit pejabat kedai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN