Australia mahu beli lima kapal selam kuasa nuklear dari AS

Australia mahu beli lima kapal selam kuasa nuklear dari AS

Pengumuman mengenai kapal selam nuklear Australia dijangka Isnin ini. -GAMBAR FAIL US NAVY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia dijangka membeli lima kapal selam berkuasa nuklear kelas Virginia Amerika Syarikat (AS) pada 2030-an sebagai sebahagian daripada pakatan keselamatan Pasifik yang penting bersama negara kuasa dunia itu dan United Kingdom (UK).

Lapor Reuters, di bawah perjanjian yang dipanggil AUKUS, sekurang-kurangnya sebuah kapal selam AS akan melawat pelabuhan Australia pada tahun-tahun akan datang dan menjelang akhir 2030-an, kelas kapal selam baharu akan dibina dengan reka bentuk UK dan teknologi AS.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dijadualkan bertemu Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri UK, Rishi Sunak di San Diego pada Isnin depan untuk mendedahkan langkah seterusnya.

Pakatan keselamatan Pasifik yang pertama kali diumumkan pada September 2021 dilihat sebagai satu percubaan untuk menentang kekuatan China yang semakin meningkat dan kedudukan yang semakin luas di rantau ini.

Namun, pakatan itu mendapat kecaman daripada Beijing.

Menurut sumber iaitu dua pegawai kerajaan AS yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, selepas lawatan tahunan pelabuhan itu, AS akan mengatur kedudukan beberapa kapal selam di Australia Barat kira-kira pada 2027.

Pada awal 2030-an, Australia akan membeli tiga kapal selam kelas Virginia dan mempunyai pilihan untuk membeli dua buah lagi.

Australia sedia ada mempunyai enam kapal selam kelas Collins berkuasa konvensional yang akan dilanjutkan hayat perkhidmatannya hingga 2036.

Kapal selam nuklear boleh berada di dalam air lebih lama daripada kapal selam konvensional dan ia lebih sukar untuk dikesan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.