Asteroid sebesar menara Big Ben lintas Bumi Sabtu ini

Asteroid sebesar menara Big Ben lintas Bumi Sabtu ini

ASTEROID sebesar saiz menara Big Ben dijangka melintasi Bumi pada Sabtu ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah asteroid hampir sebesar saiz mercu tanda terkenal kota London, menara jam Big Ben dijangka melintasi begitu dekat dengan Bumi berbanding bulan pada Sabtu ini.

Lapor Daily Mail, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), asteroid itu akan bergerak pada kelajuan tinggi dalam lingkungan 173,000 kilometer (km) dari bumi.

Asteroid diberi nama 2023 DZ2 itu dianggarkan mempunyai diameter sehingga 93 meter, manakala menara jam Big Ben pula berada pada ketinggian 96 meter.

Batu angkasa itu juga dikatakan tiga kali ganda lebih besar daripada meteor Chelyabinsk yang meletup di ruang udara Russia pada 2013.

Asteroid 2023 DZ2 dijangka menghampiri Bumi sekitar pukul 12.51 tengahari (waktu tempatan) dengan bergerak pada kelajuan 28,044 kilometer sejam.

Sementara itu, NASA memaklumkan insiden objek sebesar itu yang melepasi begitu hampir dengan Bumi hanya berlaku `kira-kira sekali dalam tempoh sedekad’.

“Ahli astronomi dibawah Rangkaian Amaran Asteroid Antarabangsa menggunakan pendekatan ini untuk mempelajari sebanyak mungkin mengenai 2023 DZ2 dalam tempoh masa yang singkat.

“Ia merupakan amalan baik untuk #PlanetaryDefence pada masa hadapan sekiranya terdapat kemungkinan ancaman asteroid yang ditemukan,” jelas NASA.

Sekumpulan saintis yang bekerja dibawah projek penyelidikan Asteroid Dekat Bumi Eropah menemukan batu angkasa itu pada 27 Februari lalu.

Pasukan saintis itu memantau asteroid berkenaan menggunakan Teleskop Isaac Newton di Balai Cerap Roque de los Muchachos di La Palma di Kepulauan Canary.

Pada masa itu, asteroid itu dianggarkan berada pada jarak 16 juta kilometer dari Bumi dan mengambil masa kira-kira 3.16 tahun untuk mengelilingi matahari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya