AS bakal ubah status maklumat asal-usul Covid-19

AS bakal ubah status maklumat asal-usul Covid-19

BANGUNAN Capitol di Washington. - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) sebulat suara mengundi untuk mengubah status maklumat mengenai hubungan antara pandemik Covid-19 dan makmal China yang disyaki menyebarkan virus berbahaya itu.

Dewan Senat sudah mengundi pada minggu lalu yang mengenakan Pengarah Perisikan Kebangsaan AS, Avril Haines mengubah status dokumen tersebut.

Ini bermakna, rang undang-undang berkenaan kini dibawa ke White House untuk ditandatangani oleh Presiden Joe Biden. 

Jangkitan Covid-19 dikatakan pertama kali muncul di bandar Wuhan di China pada akhir 2019, yang membawa kepada hampir tujuh juta kes kematian di seluruh dunia, setakat ini.

Berdasarkan kiraan rasmi, lebih sejuta kes kematian direkodkan di AS.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan dan perisikan AS mempunyai pandangan berbeza sama ada virus itu disebarkan kepada manusia melalui haiwan yang dijangkiti atau disebabkan kebocoran dari makmal China.

Jabatan Tenaga AS merumuskan bahawa virus Covid-19 mungkin berpunca daripada insiden di makmal sekaligus menyokong penilaian Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) namun bercanggah dengan kesimpulan beberapa agensi lain.   

Bekas pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Robert Redfield mempertikaikan teori kebocoran makmal di hadapan senator baru-baru ini.

Namun, Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan serta Institut Kesihatan Nasional mengenal pasti haiwan yang dijangkiti sebagai penyebab penyebaran virus itu .

Sementara itu, Republikan memperkenalkan semula undang-undang yang membenarkan warga AS untuk menyaman China yang menolak teori kebocoran makmal berkaitan pandemik itu.

“Kami harus mengetahui kebenaran mengenai apa yang berlaku dan siapa terlibat dalam penipuan ini untuk memberi keadilan kepada mereka yang menderita akibat Covid-19,” kata Ahli Kongres New Jersey, Chris Smith. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya