PBB dikecam gagal hantar bantuan ke Syria

PBB dikecam gagal hantar bantuan ke Syria

SEORANG kanak-kanak antara penduduk Syria yang berlindung di Masjid Sultan Ibrahim di bandar Jableh yang dikawal rejim pemberontak, barat laut ibu kota Damsyik. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHRAMANMARAS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikecam berhubung kegagalan bantuan yang sangat diperlukan mangsa-mangsa gempa bumi di wilayah Syria yang dilanda perang.

Bagaimanapun, konvoi PBB dilaporkan sudah menghantar bekalan ke barat laut Syria melalui Turkiye, namun, ketua bantuan agensi itu, Martin Griffiths berkata, lebih banyak lagi bantuan diperlukan untuk berjuta-juta rumah yang musnah.

“Kami setakat ini dikatakan mengecewakan rakyat di barat laut Syria. Mereka betul-betul berasa ditinggalkan. Mencari bantuan antarabangsa yang belum tiba,” kata Griffiths di Twitter.

Sebanyak 10 trak menerusi konvoi PBB menyeberang ke barat laut Syria melalui lintasan sempadan Bab al-Hawa, menurut koresponden AFP.

Mereka membawa kit perlindungan, cadar plastik, tali, selimut, tilam dan permaidani.

Bab al-Hawa adalah satu-satunya titik bantuan antarabangsa untuk sampai kepada orang ramai di kawasan yang dikuasai pemberontak di Syria selepas hampir 12 tahun perang saudara, selepas lintasan lain ditutup di bawah tekanan China dan Russia.

Bekalan lambat tiba di Syria di mana konflik yang bertahun-tahun merosakkan sistem penjagaan kesihatan, katanya.

Beberapa bahagian negara itu dikatakan kekal di bawah kawalan pemberontak yang memerangi kerajaan Presiden Syria, Bashar al-Assad yang berada di bawah sekatan Barat.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus dikatakan bertemu Assad di Damsyik kelmarin dan berkata pemimpin Syria itu bersedia untuk membuka lebih banyak sempadan untuk membantu membawa bantuan ke barat laut yang dikuasai pemberontak.

“Beliau terbuka untuk mempertimbangkan titik akses rentas sempadan tambahan untuk kecemasan ini,” kata Ghebreyesus.

Menilai kerosakan di selatan Turkiye Sabtu lalu dan jumlah korban di negara itu mencapai 28,000 orang, Griffiths berkata, beliau menjangkakan angka itu berganda atau lebih kerana peluang untuk mencari mangsa yang terselamat semakin sukar setiap hari.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya