Kematian Nichols dikaitkan budaya samseng polis  - Utusan Malaysia

Kematian Nichols dikaitkan budaya samseng polis 

PENUNJUK perasaan mengadakan protes membantah kematian Tyre Nichols di Memphis, Tennessee, pada bulan lalu. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NASHVILLE: Sekumpulan aktivis masyarakat di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) mengecam budaya kekerasan melampau dan kekurangan akauntabiliti dalam kalangan polis, sehingga dipercayai menjadi punca kematian lelaki kulit hitam, Tyre Nichols.

Lapor Al Jazeera, Nichols, 29, berketurunan Afrika-Amerika meninggal dunia bulan lalu akibat dipukul teruk oleh anggota polis.

Ketika kejadian, mangsa diarahkan berhenti oleh polis Memphis di sebuah kawasan hentian pada 7 Januari lalu atas alasan memandu secara melulu.  

Selepas Nichols cuba melarikan diri, polis bertindak kasar dengan memukul, menendang dan menumbuk mangsa sehingga dia rebah di tepi jalan.  

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia pada 10 Januari lalu.

Terdahulu, pihak berkuasa memaklumkan pertuduhan jenayah dan tindakan tatatertib sudah dikenakan terhadap anggota polis dan responden kecemasan yang terlibat dalam penahanan Nichols.

Namun, para pemimpin dan aktivis masyarakat di Memphis mendesak pembaharuan dalam amalan polis dan penglibatan komuniti   

Pengarah Institut Pelaporan Perkhidmatan Awam di Universiti Memphis, Marc Perrusquia menggesa lebih ketelusan dan akauntabiliti dalam kalangan polis.

“Wujudnya budaya kekerasan berlebihan dan cara pengurusan masalah dengan teruk yang  berterusan.

“Walaupun, bandar Memphis kini mempunyai bilangan anggota polis berkulit hitam yang ramai namun hanya terdapat sedikit ketelusan,” katanya.

Isnin lalu, pihak berkuasa memaklumkan dua lagi anggota polis telah dikenakan tindakan tatatertib selain tiga responden kecemasan diberhentikan disebabkan peranan mereka dalam kekerasan dan penahanan Nichols. 

Ia menyusul selepas lima pegawai polis yang terlibat dalam kematian Nichols, dipecat dan didakwa atas tuduhan jenayah termasuk pembunuhan tahap kedua.    

Kesemua lima pegawai itu berasal dari pasukan polis khusus dikenali sebagai unit Scorpion.

Sementara itu, penganjur bersama kumpulan Justice and Safety Alliance, Andre Johnson berkata, terdapat masalah dengan unit Scorpion itu sejak awal lagi. 

Katanya, aduan penderaan membabitkan unit itu tersebar luas sebelum kematian Nichols.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya