Kapsul masa berusia 116 tahun ditemukan - Utusan Malaysia

Kapsul masa berusia 116 tahun ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Kapsul masa berusia lebih 116 tahun ditemukan ketika projek merobohkan sebuah bangunan kampus lama di Universiti Illinois Urbana-Champaign baru-baru ini.

Pekerja pembinaan dilaporkan sedang membersihkan batu asas bangunan Dewan Illini yang dirobohkan awal bulan ini apabila mereka menemukan kapsul masa dari tahun 1907.

Pegawai Pemuliharaan Bahan Sejarah universiti berkenaan, Dennis Craig berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang rekod tentang kapsul masa yang disembunyikan di dalam bangunan itu.

Bangunan tersebut dilaporkan pada asalnya dibina untuk Persatuan Pemuda Kristian (YMCA) tempatan.

Jelas Craig, kapsul masa itu akan diserahkan kepada Universiti YMCA dan bekas berkenaan akan dibuka sebagai sebahagian daripada sambutan ke-150 kumpulan tersebut pada musim luruh tahun ini.

Katanya, usaha itu merupakan salah satu cara pihaknya untuk membantu mengekalkan dan menghargai bahan tinggalan sejarah di bangunan berkenaan. 

“Bangunan itu tidak lagi di sini tetapi kami telah mendokumentasikan bangunan itu dari segi sejarah. Bangunan ini juga boleh disifatkan sebagai warisan peninggalan persatuan tersebut.

“Walaupun mereka bukan sebahagian daripada universiti ini secara langsung, mereka turut mempunyai pengaruh besar di kampus itu selama ini,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya