Anak tipu dirogol, ibu enggan pulang wang dana  - Utusan Malaysia

Anak tipu dirogol, ibu enggan pulang wang dana 

ELEANOR WILLIAMS memuat naik gambar di media sosial menunjukkan kecederaan di wajahnya kononnya akibat dipukul.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita dan anak perempuannya yang didapati berbohong kononnya dirogol oleh sekumpulan lelaki Asia dua tahun lalu masih enggan memulangkan wang sumbangan berjumlah 22,000 pound (RM112,911) yang diberikan orang ramai kepada mereka berhubung insiden itu.

Lebih 1,000 orang menderma kerana bersimpati dengan Eleanor Williams, 19, selepas remaja itu mendakwa telah diperdagangkan, dipukul dan diberi dadah oleh sekumpulan lelaki dipercayai dari Asia di Barrow, Cumbria pada tahun 2020.

Lapor Mirror UK, wang itu disumbangkan untuk membantu dua beranak itu membayar kos guaman dalam usaha menuntut keadilan berhubung insiden itu.

Bagaimanapun helah remaja itu terbongkar bulan lalu apabila siasatan menunjukkan dia sengaja mereka-reka cerita tentang insiden itu dan didapati bersalah oleh mahkamah atas pertuduhan menyeleweng.

Berikutan keputusan itu, dana  daripada platform sumbangan dalam talian, JustGiving yang diberikan kepada ibunya, Allison Johnston didesak untuk dikembalikan kepada badan amal tersebut.

“Orang ramai menderma kerana kebaikan hati mereka tetapi kami semua ditipu. Saya terus menghantar mesej kepada Johnston tetapi dia terus berdiam dan mendakwa dia perlu mendapatkan nasihat undang-undang.

“Anak perempuannya disabitkan kesalahan lebih sebulan lalu, wang itu harus dipulangkan. Seluruh rayuan pengumpulan dana adalah berdasarkan pembohongan. Menjadi kesalahan besar untuk membiarkan keluarga itu menyimpan atau menggunakan wang berkenaan,” kata Shane Yerrell yang melancarkan kutipan dana berkenaan.

Johnston, yang juga seorang ahli majlis parti Buruh di Barrow, telah digantung oleh parti berkenaan selepas perbicaraan tersebut namun masih tetap percaya anaknya menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

“Ada beberapa perkara yang saya percaya ianya tidak benar. Tetapi saya tetap yakin sebahagian besarnya ceritanya adalah benar dan dia memang menjadi mangsa penderaan dan pemerdagangan. Saya tidak percaya Williams sengaja mencederakan dirinya sendiri,” kata Johnston kepada Mail Online.

Williams, 22, disabitkan di Mahkamah Preston 3 Januari lalu dan akan dijatuhkan hukuman pada Mac ini selepas juri mendengar ‘pembohong bersiri’ itu mencipta cerita yang luar biasa malah sanggup memukul dirinya sendiri dengan tukul.

Williams menuduh seorang lelaki menjualnya di lelongan hamba di Amsterdam selepas dia dipukul dengan teruk dan diperkosa tetapi rekod telefon serta bank menunjukkan dia sebenarnya berada di kedai B&Q di Barrow ketika itu.

Seorang lagi lelaki dituduh sebagai pengedar dadah Asia yang mengancam untuk membunuhnya jika dia enggan melakukan hubungan seks dengan pelanggan ternyata hanyalah seorang pekerja pasar raya Tesco berkulit putih dari Essex yang  berbual dengannya di laman temu janji. 

Tuduhan palsu itu menyebabkan salah seorang ditahan reman di penjara selama lebih 10 minggu manakala seorang lagi diserang orang ramai di rumah dan premis perniagaannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya