81 titik panas dikenal pasti di Indonesia

81 titik panas dikenal pasti di Indonesia 

SITI Nurbaya (enam dari kiri) hadir pada majlis pelancaran Gerakan Hari Kompos Kebangsaan di Dataran Banteng, Jakarta. - AGENSI     
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia mengesan sebanyak 81 titik panas berisiko berlaku kebakaran hutan dan tanah gambut di beberapa kawasan di negara itu pada minggu ini.

Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya memaklumkan perkara itu selepas menghadiri majlis pelancaran Gerakan Hari Kompos Negara di Dataran Banteng Jakarta.  

Lapor Antara, Siti Nurbaya berkata, pihaknya mengenal pasti bilangan titik panas berkenaan dua hari lalu.

“Tahun lalu, sebanyak 64 titik panas dikenal pasti. Jadi, kami bakal mempunyai tugasan sukar untuk memadamkannya,” katanya.

Jelas beliau, kementerian juga sentiasa berwaspada dengan kemunculan titik panas di bahagian utara Pulau Sumatera seperti di Aceh yang pernah mengalami kebakaran hutan dan tanah gambut beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, katanya, kebakaran hutan dan tanah gambut di Aceh berjaya ditangani secara baik.

Menurut beliau, kementeriannya turut memberi tumpuan di Sumatera Utara, Riau dan Kalimantan Barat disebabkan kawasannya yang luas dengan hutan hujan tropika dan tanah gambut.

“Sekiranya kita mampu menangani kebakaran hutan maka kita juga boleh mengatasi kesan perubahan iklim,” katanya.

Sementara itu, Siti Nurbaya memaklumkan kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia menyebabkan pelepasan kira-kira 400 juta tan karbon dioksida ke udara.

Justeru, katanya, kementerian ketika ini sedang berusaha sedaya upaya untuk mencegah hutan dan tanah gambut daripada terbakar melalui pelbagai langkah mitigasi.

Langkah itu diambil dalam usaha mengurangkan 140 juta tan karbon dioksida menjelang tahun 2030.         

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya