Sri Lanka bakal kurangkan anggota tentera - Utusan Malaysia

Sri Lanka bakal kurangkan anggota tentera

SRI Lanka akan mengurangkan bilangan anggota tenteranya bermula tahun depan. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Sri Lanka akan mengurangkan kira-kira satu pertiga tenteranya kepada 135,000 anggota menjelang tahun depan dan kepada 100,000 anggota pada 2030.   

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Premitha Bandara Thennakoon ketika Sri Lanka berusaha mengurangkan kos dalam menghadapi krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan negara itu pada 1948.   

Menurut Premitha dalam satu kenyataan, perbelanjaan ketenteraan pada asasnya ditanggung oleh kerajaan yang secara tidak langsung merangsang dan membuka ruang bagi pertumbuhan ekonomi dengan cara menjamin keselamatan negara serta rakyat.

Katanya, matlamat langkah itu adalah untuk mewujudkan pasukan pertahanan yang `baik dari segi teknikal dan taktikal serta seimbang’ menjelang 2030.

Berdasarkan data Bank Dunia, saiz angkatan tentera Sri Lanka meningkat antara tahun 2017 dan 2019, dengan merekodkan seramai 317,000 anggota. 

Jumlah itu dikatakan lebih tinggi semasa konflik 25 tahun dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang berakhir pada 2009.

Data dikeluarkan badan pemikir Verite Research menunjukkan bahagian sektor pertahanan dalam jumlah perbelanjaan keseluruhan Sri Lanka meningkat pada tahun 2021, dengan mencatatkan 2.31 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagaimanapun, ia jatuh kepada 2.03 peratus pada tahun lalu.

Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu terpaksa mengurangkan perbelanjaan kerajaan selepas mengalami krisis ekonomi paling teruk pada tahun lalu.

Sri Lanka menghadapi kekurangan rizab pertukaran asing yang paling teruk, dengan kerajaan tidak dapat membiayai import paling penting seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya