Ratusan Rohingya larikan diri dari Aceh untuk masuk Malaysia

Ratusan Rohingya larikan diri dari Aceh untuk masuk Malaysia

PENDUDUK setempat melihat bot kayu yang digunakan pelarian Rohingya di Pidie, Aceh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LHOKSEUMAWE: Sebanyak 80 pelarian Rohingya dilaporkan melarikan diri dari pusat perlindungan sementara di Lhokseumawe, Aceh, iaitu merupakan kejadian ketujuh yang berlaku sejak 13 Disember lalu.

Menurut jurucakap polis, Henki Ismanto, setakat ini, hanya 149 dari 300 pelarian Rohingya yang masih tinggal di pusat perlindungan tersebut dengan selebihnya sudah melarikan diri.

“Sudah tujuh kali mereka loloskan diri dari pusat tersebut.

“Ada yang kami sempat tahan semula dan ada yang berjaya melarikan diri,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Henki juga memaklumkan, beberapa organisasi pelarian dunia termasuk Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) turut mengambil bahagian dalam mengesan pelarian Rohingya yang melarikan diri.

Dalam pada itu, Ketua Hubungan Masyarakat Lhokseumawe, Marzuki menyatakan pihak berkuasa tempatan sudah berkali-kali meminta kerajaan pusat supaya segera memindahkan pelarian tersebut ke pusat perlindungan kekal.

Katanya, langkah itu perlu bagi mengelakkan insiden meloloskan diri daripada berulang kerana, ada dalam kalangan pelarian tersebut berhasrat mencari kerja di negara jiran berhampiran, terutamanya Malaysia.

“Sudah banyak kali insiden seperti ini (melarikan diri) berlaku. Pelarian Rohingya mendarat di Aceh, ditempatkan di pusat perlindungan sementara dan selepas itu mereka melarikan diri ke tempat lain, termasuk menuju ke Malaysia,” ujarnya.

Sebelum itu, ratusan pelarian Rohingya mendarat di Muara Aceh dan Dewantara, Aceh Utara pada Disember lalu.

Kumpulan pelarian itu memaklumkan mereka menuju ke Malaysia, namun bot yang dinaiki mengalami kerosakan sehingga menyebabkan mereka terkandas di lautan selama sebulan, selain tidak mempunyai bekalan makanan serta air yang mencukupi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya