Pura-pura cari biawak tapi rompak rumah  - Utusan Malaysia

Pura-pura cari biawak tapi rompak rumah 

SUSPEK, M. Riski ditahan polis ketika cuba merompak rumah seorang penduduk di wilayah Probolinggo.-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Seorang bekas banduan dari Probolinggo berpura-pura mencari biawak untuk merompak sebuah rumah ketika penghuninya keluar bekerja.

Helah yang digunakan lelaki dikenali sebagai M. Riski itu berjaya dihidu penduduk selepas dia ditangkap ketika sedang memindahkan barang-barang dari rumah milik Suyitno di Desa Pabean.

Ketua Polis Daerah Dringu, AKP Muhamad Dugel berkata, sebelum merompak, suspek sudah memeriksa keadaan rumah mangsa terlebih dahulu namun berbohong kononnya mahu menangkap biawak liar yang berlegar di kawasan itu.

“Selepas keadaan disifatkan selamat, keesokan harinya penjenayah itu mengumpil tingkap rumah dengan pemutar skru dan sempat mengupah beca bermotor untuk mengangkut barang-barang curi. Bagaimanapun seorang jiran sempat melihat dan segera menghubungi mangsa.

“Mangsa segera melaporkannya kepada polis. Namun penduduk di sekitar pantas mengepung dan menangkap penjenayah itu. Lelaki berkenaan bersama beca yang diisi dengan barangan curi itu segera dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dringu.

Dugel berkata, lelaki berkenaan sempat mengeluarkan sebuah peti ais, tong gas serta beberapa barang keperluan dan barang berharga lain.

Dugel menambah, penjenayah itu pernah ditahan kerana mencuri telefon bimbit.

“Penjenayah itu pernah ditahan dalam kes kecurian telefon bimbit jadi kita akan meneliti pelakunya, adakah terdapat tempat kejadian jenayah lain,” kata Dugel.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya