Pasukan penyelamat cari empat lagi mangsa pesawat terhempas di Nepal, peluang hidup tipis - Utusan Malaysia

Pasukan penyelamat cari empat lagi mangsa pesawat terhempas di Nepal, peluang hidup tipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Pasukan penyelamat Nepal masih berusaha menyelusuri jurang yang dipenuhi serpihan pesawat yang terhempas di Pokhara semalam namun tiada harapan untuk menemukan mangsa yang masih hidup.

Pesawat Yeti Airlines ATR 72 terhempas ke dalam gaung yang curam dan terbakar ketika menghampiri pusat bandar Pokhara.

Tragedi tersebut disifatkan bencana penerbangan terburuk di Nepal sejak 1992.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui tetapi video yang tersebar di media sosial menunjukkan pesawat itu berpusing secara tiba-tiba ke kiri ketika ia menghampiri lapangan terbang Pokhara disusuli letupan kuat.

Nepal, yang mempunyai rekod buruk mengenai keselamatan udara, mengumumkan hari berkabung untuk mangsa.

Tentera menggunakan tali dan pengusung untuk mengeluarkan mayat dari jurang sedalam 300 meter sehingga larut malam dan usaha itu disambung semula awal pagi tadi.

“Kami telah mengumpul 68 mayat setakat ini. Kami sedang mencari empat lagi mangsa. Kami akan meneruskan usaha sehingga kesemua mangsa yang terlibat nahas ditemui.

“Kami berdoa untuk keajaiban. Tetapi, harapan untuk mencari mangsa yang masih hidup adalah sangat tipis,” kata pegawai tempatan, Tek Bahadur KC.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN