Konsert mega meriahkan sambutan tahun baharu di Arab Saudi

Konsert mega meriahkan sambutan tahun baharu di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Penyanyi Lubnan, Nancy Ajram antara selebriti yang dijemput memeriahkan persembahan semasa konsert Tahun Baharu yang diadakan di Bandar Boulevard Riyadh, Mohammed Abdo Arena, malam tadi.

Selain Nancy, penyanyi Arab lain yang diundang ialah Elissa, Asala Nasri, Najwa Karam, Angham, Latifa, Nawal Al-Zoghbi, Saber Rebai, Wael Kfoury, Assi El-Hallani, Bahaa Sultan dan Waleed Tawfeek.

Konsert bertemakan ‘Malam Trio Arab’ mendapat sambutan luar biasa apabila dipenuhi dengan kehadiran penonton.

Selain konsert, Arab Saudi turut menyediakan pelbagai pilihan tempat makan mewah dan pertunjukan bunga api kepada pengunjung.

Sambutan tahun baharu turut berlangsung meriah di Jeddah dengan pesta di hotel tepi pantai serta hidangan makan malam di atas bumbung bangunan.

Bandar bersejarah, AlUla turut menyediakan pelbagai hidangan persembahan dengan festival kebudayaan dan muzik.

Pengunjung turut berpeluang merasai pengalaman tarian yang dibawakan oleh Swizz Beats serta meneroka bandar hab budaya.-ARABNEWS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya