KKP hentikan penambakan laut berhampiran Lingga - Utusan Malaysia

KKP hentikan penambakan laut berhampiran Lingga

KAKITANGAN Kementerian Laut dan Perikanan menghentikan projek di kawasan penambakan di Lingga di Kepulauan Riau.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATAM: Kementerian Hal Ehwal Laut dan Perikanan (KKP) menghentikan projek pembangunan terminal khas di kawasan penambakan seluas 0.4 hektar yang termasuk dalam kawasan Batu Putih, Kampung Teluk, Wilayah Lingga dan Kepulauan Riau.

Lapor Kompas.com, KKP juga akan mengenakan denda pentadbiran kepada syarikat PT.BBP sebagai pihak yang dianggap bertanggungjawab.

Tindakan tersebut dilakukan selepas KKP mendapati projek tersebut dijalankan tanpa memiliki dokumen Persetujuan Kesesuaian Kegiatan Penggunaan Ruang Laut (PKKPRL).

Ketua Pengarah Pengawasan Sumber Laut dan Perikanan (PSDKP), Laksamana Madya TNI Adin Nurawaluddin berkata, projek itu juga disyaki menyebabkan kerosakan sumber ikan dan alam sekitar di kawasan penambakan yang sedang diusahakan.

“Selepas siasatan lanjut, nampaknya tanah tebus guna itu berada dalam zon rizab Kawasan Perlindungan Laut Wilayah Lingga yang mana penggunaan ruang zon pemuliharaan itu belum dikawal selia.

“Pembinaan jeti ini mungkin sudah berjalan sejak Julai 2021, bermula dengan penambakan di luar pesisir pantai tanpa dokumen PKKPRL dan permit penambakan,” katanya.

Adin menegaskan KKP telah  meletakkan papan tanda untuk menghentikan aktiviti penambakan dan pendirian tegas ini diambil  agar syarikat terbabit menjalankan aktiviti penggunaan ruang laut mengikut peraturan yang diguna pakai.

“PT. BBP merupakan syarikat pelaburan domestik yang mempunyai lesen perniagaan dalam bidang penggalian pasir dan aktiviti perkhidmatan pelabuhan laut.

“Sebagai pampasan terhadap kerosakan sumber ikan dan alam sekitar yang telah dilakukan, syarikat terbabit akan didenda dan boleh dikenakan sekatan lanjut sekiranya tidak menghentikan serta merta operasi projek dalam jangka masa yang ditetapkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya