Isu Menteri Israel lawat Al-Aqsa: Majlis Keselamatan PBB akan

Isu Menteri Israel lawat Al-Aqsa: Majlis Keselamatan PBB akan berbincang

GAMBAR menunjukkan Itamar Ben-Gvir memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa, Selasa lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berbincang mengenai lawatan kontroversi Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir ke pekarangan Masjid Al-Aqsa baru-baru ini yang membangkitkan kemarahan rakyat Palestin.

Majlis yang dianggotai seramai 15 orang itu akan bersidang pada pukul 3 petang (waktu tempatan) di ibu pejabat PBB di New York berikutan permintaan dari Emiriyah Arab Bersatu dan China.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Al Mansour berkata, ia adalah komuniti antarabangsa yang menentukan nasib mempertahankan dan melindungi status quo Islam dan Kristian di Bailtulmaqdis. 

 “Kami tidak akan berpuas hati dengan kenyataan-kenyataan indah yang akan diucapkan esok dalam Majlis Keselamatan. Kami mahu ia dilaksanakan secara konkrit, katanya.

Selasa lalu, kelibat Ben-Gvir di Masjid Al-Aqsa dengan dikawal rapi oleh sekumpulan tentera Israel mencetuskan kemarahan rakyat Palestin.

Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci untuk umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Bagaimanapun, tempat itu juga dianggap sebagai tempat suci bagi umat Yahudi. 

Berdasarkan status quo yang sudah lama dipraktikkan, bukan Islam boleh melawat tempat berkenaan pada waktu-waktu tertentu, tetapi tidak dibenarkan untuk melakukan ibadat di sana.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya